Showing posts with label diet. Show all posts
Showing posts with label diet. Show all posts

Friday, May 25, 2012

Semoga berjaya bertahan

Calorie restriction mode activated!

Today's dinner.

Sup sayur berMandu =)






















Tahniah, anda merosakkannya dengan half bucket popcorn at 10 pm! 

Sunday, April 3, 2011

It's spring!!!


Suke hati.
Dah tak perlu pakai berbundle2 pakaian dan inner dan stokin tebal segala.
I like.
Terasa sangat memahami perasaan tebuan, lebah dan belalang yang overwinter. (^-^)
Alhamdulillah.




Terasa dah gumuk penangan x exercise langsung winter baru ni, makan banyak pulak tu.
Jadi azam saya mulai 1 April 2011.

>..tut..tut...<
Adalah beberapa. Semoga diberikan peluang ditambah kerajinan, diperkuat keikhlasan mencapainya.

Alhamdulillah, kedatangan Fuad ke sini benar-benar membantu saya memupuk keberanian dan kemahiran memandu kereta.
2 hari lepas, Jumaat 1 April 2011, saya sudah berjaya memandu sendirian ke Takehara.
Praised be to Allah.

Ni Ahmad Fuad. The lucky boy of Ismail's family.
Anak kedua bongsu.
Sudah tidak merasai kepayahan hidup seperti kakak-kakaknya tetapi masih tahu erti berbudi.
Sangat berterus-terang tak suka sembunyi.
Kedatangannya ke Jepun saya kira hantaran Allah.
Melihat tingkahnya seperti melihat diri sendiri.
Jadi yang mana silap saya perbaiki.
Yang mana baik dari dirinya saya jadikan inspirasi.
Rupanya tak mudah bila sudah lama sendirian sentiasa jauh dari keluarga, hanya berjumpa sekali-sekala.
Tinggal sekali juga ada cabarannya.
Saya baru tahu susahnya kakak-kakak saya cuba memahami dan menangani tingkah saya sewaktu sebaya dengan adik ini dahulu.
Kepada Fuad, terima kasih sudi terbang menghabiskan waktu yang banyak membosankan menemani kakak yang banyak kelemahan ini di bumi indah matahari terbit ini. Terima kasih sanggup mengharungi kesejukan winter di Jepun yang memurungkan hati. Terima kasih sudi menyabung nyawa setia setiap hari menemani pemandu lembab ini. Terima kasih membantu urusan rumah yang sepertinya ada anak empat sedangkan satu pun belum berjaya saya dan suami beroleh kurnia. Terima kasih segalanya.
Fuad datang musim sejuk, jadi agak terbatas untuk ke mana-mana. Bila suhu sudah agak okay, tiba-tiba ada gempa bumi dan krisis nuklear. Saya agak risau untuk membawa Fuad ke tempat jauh-jauh jadinya. Kesian dia.

Masih bersisa 20 hari Fuad di Jepun, semoga hari-hari terakhir ini saya ada masa, upaya dan ruang untuk buat kamu pulang membawa kenangan indah, dengan sakura, rusa, arnab, ikan dan apa lagi ya? Dia mahu ke Golden Palace, Kyoto. Juga shinkansen. Semoga ada kesempatan untuknya.

Keluarga mertua akan datang bulan Jun ini. (^-^).
Jadi sudah boleh mula uruskan urusan visa mereka.
Dan list barang2 pesanan.
Aduh...bestnya.... Semoga saya masih berpeluang sihat dan bernyawa untuk menggembirakan mereka.

Akhir-akhir ini banyak saya berfikir.Betapa saya ini hidup sukar sekali memberi dan menyumbang. Sedangkan setiap nafas saya juga Tuhan beri percuma. Jadi, semoga hari mendatang, saya lebih cekap mengasuh diri menjadi seorang yang pemberi. Isteri yang memberi. Kakak yang memberi. Anak murid yang memberi. Anak yang memberi. Menantu yang memberi. Muslimah yang memberi.

Petikan kata-kata Saiful Islam, Erti Hidup Pada Memberi.

Sunday, May 30, 2010

sarapan

Pagi ini ...
Lupe nak amik gambor.

Bahan-bahannya: 

Sebotol susu kambing
Kurma, sebanyak mana susu. 

Cara menyediakan: 

Blender kurma bersama susu kambing. Bahagi kepada 2 gelas. 1 untuk saya, 1 untuk hubby. 

Komen saya (as 1stimer):

Lazat! No goaty taste (ayat HR). Sejuk. Macam aiskrim (sebabnye guna susu yang diletakkan dalam peti ais semalaman=). Kenyang sampai tengahari. Sebabnya, kurma mmg banyak la nak sama paras ngan susu tu.

Kenapa breakfast ni?
Usaha nak dapat anak. Petua diambil dari rancangan Tanyalah Ustaz (TV9). Usaha tangga kejayaan kan? Semoga Barakah....

Tapi rasa macam nak makan lagi lah pulak esok sebab best lah!

Khasiat susu kambing.

Cari.-cari ... ada satu artikel yang menarik...penulisan dan isinya.
Karekter Kambing
http://hatiwanita.wordpress.com/2009/06/15/khasiat-susu-kambing/

Bersemangat plok nak amalkan susu kambing ni!

Tuesday, May 4, 2010

paranoid?

saya mau kurus!
aiyo...
gimana ni....

mau jadi 58 kg. Sekarang? 74.5 kg. Kena reduce ...ke 70 je yang penting dulu. Banyak berat ooo ini amoi. Umur baru 26 tahun. Tak sayang hidup ke Norshida?

Dr said...I might included in a category of woman who is Insulin Resistance.
Should I take METFORMIN?

Shida's feeding regime nowadays.

Breakfast: bihun/nasi minyak/nasi lemak
Lunch: Nasi lauk pauk/fastfood
Dinner: Nasi+ lauk

Gane dop gemok?

Sepatutnya bertukar kepada:

Breakfast: Oat Quack+Susu Omega+Spirulina+Kismis+Cookies
Snack: Kurma + Misai Kucing
Lunch: Nasi+Lauk Ikan+Sayur
Snack: Nuts ...
Dinner: Sup sayur/Salad + spirulina
Supper: Herbal Tea/ klorofil

Plus...aku kena habiskan yang dah dibeli...

Spirulina
Teh misai kucing
Aloe vera drinking gel
Herbal tea
Klorofil.

Dah...sudah..sudah. Jangan beli apa2 lagi dah selagi yang ni semua tak habis! Pantang masuk kedai ni!!!!!

Kak sue kate...
Jangan makan Ayam dan Fastfood!!!!!
Misi jogging ngan asmad sekali seminggu.
Pinjam basikal mok? buleh dop agok2?
Slimworld? wow.....menarik .... hehe.

Semoga berjaya Norshida.

P/S: Lunch ni makan sket je sbb malam ni kena melantak sup ekor.Hehe. Dah terbeli... takpe, semoga dapat keberkatan menunaikan hasrat hubby. =)

Monday, August 24, 2009

Tuesday, August 18, 2009

Created by MyFitnessPal - Free Calorie Calculator


thimgs i did this evening.

hehe... long way to go.

but chayyok.

bulan puasa dekat dah.

one thing jer will stop me to reach the target ....

herm... pregnancy.=)

another ticker i've made also ...

huhu ....

umi message jumaat hari tu, tengok semanis kurma ...ayat yang ustazah bahiyah kasi tu sama macam ayat yang nurul kasi ...

perkongsian buat yang sama2 tengah berusaha to conceive for a merrier life ...

surah ali imran ayat 38, dan surah al anbiya ayat 89 ...

bila direnung, sedangkan nabi yang maksum pun diuji dengan sunyinya hidup berumahtangga tanpa bayi ... ini pulak kita ...

my marriage ...heheh, kecoh ... baru 6 bulan ... baru lagi ... tapi dah ada rumah seronok sket kalau ada baby....

whoaaaa.... banyaknye permintaan hidup ....