Tuesday, April 12, 2011

....blank

Nak tukar blog title.
Tengah pikir.

Dapat berita menguji ketahanan diri menenangkan jiwa berlapang dada.
Semoga okay2 sahaja saya ini.

Norshida-san, daijoubuyou.....

Friday, April 8, 2011

Yang ditunggu sampai juga.

Tada.....

Pertama kali, order dari Amazon.
Seronok sangat!
Semoga bermanfaat ketiga-tiganya.
Saya sangat gembira!

Sunday, April 3, 2011

It's spring!!!


Suke hati.
Dah tak perlu pakai berbundle2 pakaian dan inner dan stokin tebal segala.
I like.
Terasa sangat memahami perasaan tebuan, lebah dan belalang yang overwinter. (^-^)
Alhamdulillah.




Terasa dah gumuk penangan x exercise langsung winter baru ni, makan banyak pulak tu.
Jadi azam saya mulai 1 April 2011.

>..tut..tut...<
Adalah beberapa. Semoga diberikan peluang ditambah kerajinan, diperkuat keikhlasan mencapainya.

Alhamdulillah, kedatangan Fuad ke sini benar-benar membantu saya memupuk keberanian dan kemahiran memandu kereta.
2 hari lepas, Jumaat 1 April 2011, saya sudah berjaya memandu sendirian ke Takehara.
Praised be to Allah.

Ni Ahmad Fuad. The lucky boy of Ismail's family.
Anak kedua bongsu.
Sudah tidak merasai kepayahan hidup seperti kakak-kakaknya tetapi masih tahu erti berbudi.
Sangat berterus-terang tak suka sembunyi.
Kedatangannya ke Jepun saya kira hantaran Allah.
Melihat tingkahnya seperti melihat diri sendiri.
Jadi yang mana silap saya perbaiki.
Yang mana baik dari dirinya saya jadikan inspirasi.
Rupanya tak mudah bila sudah lama sendirian sentiasa jauh dari keluarga, hanya berjumpa sekali-sekala.
Tinggal sekali juga ada cabarannya.
Saya baru tahu susahnya kakak-kakak saya cuba memahami dan menangani tingkah saya sewaktu sebaya dengan adik ini dahulu.
Kepada Fuad, terima kasih sudi terbang menghabiskan waktu yang banyak membosankan menemani kakak yang banyak kelemahan ini di bumi indah matahari terbit ini. Terima kasih sanggup mengharungi kesejukan winter di Jepun yang memurungkan hati. Terima kasih sudi menyabung nyawa setia setiap hari menemani pemandu lembab ini. Terima kasih membantu urusan rumah yang sepertinya ada anak empat sedangkan satu pun belum berjaya saya dan suami beroleh kurnia. Terima kasih segalanya.
Fuad datang musim sejuk, jadi agak terbatas untuk ke mana-mana. Bila suhu sudah agak okay, tiba-tiba ada gempa bumi dan krisis nuklear. Saya agak risau untuk membawa Fuad ke tempat jauh-jauh jadinya. Kesian dia.

Masih bersisa 20 hari Fuad di Jepun, semoga hari-hari terakhir ini saya ada masa, upaya dan ruang untuk buat kamu pulang membawa kenangan indah, dengan sakura, rusa, arnab, ikan dan apa lagi ya? Dia mahu ke Golden Palace, Kyoto. Juga shinkansen. Semoga ada kesempatan untuknya.

Keluarga mertua akan datang bulan Jun ini. (^-^).
Jadi sudah boleh mula uruskan urusan visa mereka.
Dan list barang2 pesanan.
Aduh...bestnya.... Semoga saya masih berpeluang sihat dan bernyawa untuk menggembirakan mereka.

Akhir-akhir ini banyak saya berfikir.Betapa saya ini hidup sukar sekali memberi dan menyumbang. Sedangkan setiap nafas saya juga Tuhan beri percuma. Jadi, semoga hari mendatang, saya lebih cekap mengasuh diri menjadi seorang yang pemberi. Isteri yang memberi. Kakak yang memberi. Anak murid yang memberi. Anak yang memberi. Menantu yang memberi. Muslimah yang memberi.

Petikan kata-kata Saiful Islam, Erti Hidup Pada Memberi.

Friday, March 18, 2011

Rain

I do not know whether my jugdement is true or not
But Japan and TEPCO now having much problem to cool down the nuclear power plant
They tried all methods they can think about
You name it
But very limited succeed

I do think....
What Japan need now is
Rahmat Allah dalam bentuk HUJAN
Hujan yang banyak

Semalam, saya berdoa

Ya Rabbi, saya sangat negatif sejak musibah ini melanda Jepun
Tolong singkapkan untuk saya
Kebaikan di sebalik musibah ini
Biar jiwa yang rapuh ini
Berkuat dan sentiasa bersyukur

Hari ini bangun tidur saya terfikir
Salji dan cuaca sejuk sejak hari tsunami itu
Sebenarnya membantu nuclear power plant itu menyejuk
Cuba bayangkan jika musibah ini ditambah dengan suhu persekitaran yang panas?
Dan semalam juga ada berita mengatakan
Mayat2 mangsa tsunami telah ada yang dipindahkan ke gimnasium sekolah berdekatan kawasan musibah
Dan cuaca sejuk ini membantu memperlahankan mayat dari busuk dan reput

Subhanallah....

Krisis nuklear ini
Krisis sejagat
Jika memang hujan yang Jepun perlukan sekarang Ya Rabb
Turunkanlah rahmatMu
Turunkanlah rahmatMu
Turunkanlah rahmatMu

Thursday, March 17, 2011

A Nuclear Reactor Explained by Poop and Farts



Just would like to share this from Youtube.
It is a good way to keep positive-no panic-less scare mind.

Yesterday evening, we went for shopping groceries and ready to eat food as senpai said better to prepare some food stock in case of ada perintah berkurung. Selama ni kami kurang membeli biskut or sardine or tuna sebab takde budak kan, kami berdua plus Fuad cuma makan yang basic. Nasi, roti.

Banyak rak makanan segera, air dan beras dah lengang. Kosong x kosong cuma. Menunjukkan Nihong-jin di  Hiroshima ni pun sedang menyediakan stok masing-masing.
Masing-masing, saya dan hubby, kakYus dan Yoe, terdiam.
Cuba bertenang jugak.

Setakat ni kami mengikuti perkembangan di Aljazeera Liveblog Japan Disaster.
The doctors are trying their best to make Nuclear Boy feels cooler and better.
So to all Doctors involve there in Fukushima, GANBARRE! 
Semoga Allah mempermudahkan dan memberkati usaha murni mereka.
Tiada bandingan pengorbanan mereka.

To all families and friends out there in Malaysia and all over the world, keep praying.
Dan bersyukurlah dengan kurniaan kehidupan yang selesa di mana pun kalian berada.

Wednesday, March 16, 2011

Sampling off Takehara

Kondo-kun: Moshi2.
Shida-san: Hait, moshi2.

Kondo-kun:
Norshida-san, monthly sampling off Takehara will be held this Friday, March 18 at 10 am.


Shida-san: .....erk...is it safe?
Kondo-kun: ....erk...yes, it will be safe.

Shida-san: O..okay. See you.
Kondo-kun: Okay. Ja!

Erk..

Dengan nama Allah, aku bertawakal kepadaMu.

This is apart of my job here.
Apart of my Jihad.

More Explosion

Latest update from NHK news this morning.

Explosion at Daichii No.4

Weather Forecast report kata Cold Air akan menyelubungi seluruh Jepun sehingga akhir minggu ini.
Patutlah saya nampak jerebu semalam di Takehara.
Rupa2nya bukan jerebu, itu udara sejuk yang "frost". Ntah, tak faham sangat.

And this morning, its snowing. Till now.
I decided I am not going to the lab today. Due to the snow. And radiation alert yang buat semua students especially "alien" cuak.
Semalam kami dinasihatkan menyiapkan diri, untuk sebarang kemungkinan.

Semalam jugak, ada gegaran atau dalam bahasa Jepun = Jishin. Menggegarkan Shizuoka, berskala 6.4 skala Ritcher. That is the Tokai area. Kawasan yang mana Jepun menyediakan negara dan rakyatnya untuk satu jangkaan Gempa Bumi Besar. Kali terakhir gempa bumi besar berlaku di kawasan Tokai ini adalah pada tahun 1854. Jadi satu teori mengatakan mereka menjangka kawasan tersebut menyimpan tenaga yang sangat besar dan boleh "menggempa" bila-bila masa.
Now....its slowly sending the message and warning.

Hanya pada Allah tempat berlindung dan berharap.