Monday, September 21, 2009

Lebaran ini

Salam lebaran,
Selamat hari raya, aidilfitri dan apa sahaja yang menyampaikan maksud hari kemenangan buat umat Islam yang sudah menghabiskan masa sebulan, tapi tahun ni tak cukup sehari=) berjuang menahan nafsu di siang hari dan mengejar maghfirah di malam hari...

Tak terasa, mungkin dek tambahan bebanan kerja sebagai pekerja, istri dan menantu... sebulan berlalu. Sedih terasa, amalan kali ini tak sebanyak biasa. Mungkin belum biasa untuk mengconcurrentkan segalanya dalam satu masa 24 jam yang terasa amat cepat. Siang ramadhan, kerja mengejar waktu, balik masak, berbuka dan terus tarawikh, pulang sudah penat, buat kuey dan tolong itu dan ini. Kerja mungkin banyak, bertambah berbanding biasa, tapi mungkin juga usaha dan kesungguhan untuk saya mengejar nikmat ibadah itu belum sekuat mana. Moga Tuhan beri saya kekuatan untuk memperbaiki hal ini tahun mendatang. Namun bila difikir, Allah itu amat Pengasih lagi Pemurah,lagian bantuan dan bakti saya untuk suami dan keluarga itu juga diharapnya mendapat balasan redhaNya yang meluas.

Ramadhan ini, satu doa saya buat dikongsi dengan yang mungkin membaca titipan ini...semoga dilembutkan hari saya biar jadi isteri yang amat penyayang, tawadhuk dan mengikut. Dan juga biar pengaruh yang baik jika ada dari sisi saya, memberi kebaikan buat orang2 terdekat saya. Saya sedari, hari saya ini amat sukar dilentur, kengkadang menggambarkan sifat orang yang jauh dari kesyukuran pada Tuhan, padahal saya dipermudahkan dalam banyak perkara hidup. Jadi, mohon dari Allah yang Maha Latif, Ultufti Qalbi.... Biar juga kecintaan saya buat suami yang Allah kurniakan ini, menggunung, memenuhi ruang hati ini, mencairkan kekerasan jiwa ini, kerana saya sedari, cinta dan ketaatan ini adalah jalan bonus yang Tuhan berikan kepada saya buat menemui dan merasai kenikmatan cinta Allah, yang didamba dalam setiap rintihan doa.

--------------------------------------

No comments:

Post a Comment