Astaghfirullahal Azim ...
Tuhan Maha Kaya, lagi Maha Tahu.
kita merancang, dan berusaha, tapi tahu2, Tuhan ada rancangan lain untuk kita. Buat masa sekarang, aku pun tak tahu lagi apa yang Tuhan dah tetapkan untuk aku dan suami 5 tahun mendatang. Aim dan usaha kami sekarang, untuk sambung Ph.D, as a typical malaysian peopleyang takut dan tak berapa konfiden dengan kepala sendiri, we aimed for UK and Australia. Both places, boleh dikatakan, dah dapat kaki sebelah, at least bahagian pertama: ADMISSION. I thought, tahun depan lepas settlekan my first final year student supervision, we will fly, ke salah satu tempat tu, yang mana lebih menarik tawarannya. Tup tup. semalam, dapat emel berita gempar buat seluruh warga academician yang berusaha nak keluar terbang melayang demi ilmu dan mungkin juga kebanyakannya sebab kami perlu dan disuruh pergi ... beritanya, aduih...syarat diketatkan untuk ke UK, dihadkan masa ke aussie dan NZ,dan digalakkan pergi ke jepun dan USA. USA okay.
Dari syarat2nya, seolah2 KPT mahu berkias dengan cara yang paaaaaling sopan, untuk arahan mudah : BELAJAR DALAM NEGARA SUDAH LA, WE DUN HAVE MONEY FOR YOU ALL!
ekstrem ke anggapan itu? mungkin bukan ekstrem, cuma berterus terang and suke jump to fast to conclusion.hehe. mungkin masanya kembali, untuk yang dapat lepas tajaan itu cuma yang terbaik di antara yang terbaik, bukan sekadar tangkap muat siapa dapat terus pergi.
Jadinya, aku cuba bertenang dong. tenang tenang tenang. rezeki itu agihan Tuhan yang Maha adil buat kita yang memerhati dan amat tahu dan jelas mengingat sehari2 yang kita hidup ini cuma anugerah ihsan dari Allah SWT. jika bukan rezeki kita maka ia tetap takkan pernah jadi milik kita sekuat mana pun kita mengejarnya mahupun kita punya Cessna. hehe. Jadinya, usaha dulu, habiskan sisa usaha tahun ini. jika rezeki saya Ph.D cuma di Malaysia, iya, its okay, i still will give 200% efforts for it. Saya cuma mohon kasihan dari Tuhan yang maha Pemurah, biar apapun, saya mahu punya Ph.D yang bermutu biar mudah untuk saya menambah bakti di jalan Allah.
Atau iya, saya takkan mudah mengalah... kalau perlu saya ke USA menempuh segala GRE, qualification test, TOeFl dan segala yang dikhabarkan susah sangat tu, akan kutempuh kiranya itu perlu. Cuma saya mahu suami belahan jiwa saya turut mahu. Entah mengapa, saya rasakan jika ditakdirkan kami ke USA, tempat itu boleh buatkan kami jadi muslim muslimah yang lebih baik dan utuh aqidahnya. Segala yang baik tentukan buat kami Ya Allah.
Ya Rabbi,
Biar apapun, jangan biarkan kami menentukan sendiri apa yang kami perlu lalui. Tentukan pilihannya untuk kami Ya Rabb, biar terbaik untuk kami jadi kesayanganMu selalu.
Amin....
"jika rezeki saya Ph.D cuma di Malaysia, iya, its okay, i still will give 200% efforts for it. Saya cuma mohon kasihan dari Tuhan yang maha Pemurah, biar apapun, saya mahu punya Ph.D yang bermutu biar mudah untuk saya menambah bakti di jalan Allah" ---->saudari bercakap seolah2 PhD di M'sia tidak bermutu..uni2 di M'sia skrg dah banyak kemudahan2 dan kepakaran2 utk melatih lecturer2 di peringkat PhD.jgn pandang rendah sistem pendidikan di uni2 di M'sia.
ReplyDeleteterima kasih menulis comment secara anynoumous, tanpa jejak. fahami ayat itu sebaiknya, boleh saja difahami sebagai saya tak kisah di mana pun PhD saya peroleh, biar ia PhD yang bermutu. Mutu itu saya yang perlu tentukan dari usaha saya, bukan dari sistem.
ReplyDeleteCuma, cuba telus pada diri sendiri, bagaimana persepsi seluruh sistem negara pada graduan malaysia berbanding graduan oversea?
Dan mungkin boleh lebih terbuka pada hakikat, semua orang ada impian berbeza.