Monday, December 24, 2012

Sorry

You need more than a good heart to be kind....
You need a good heart plus a healthy body...
Exhaustion and tiredness always bring tornado with it...

Friday, December 14, 2012

Step by step

Alhamdulillah segala nikmat.
Nikmat jumaat yang indah.

Langkah sekarang agak lambat.
Menapak dan menapak.
Tak pasti apa yang di hadapan.
Tuhan nak menguji sejauh mana hambaNya yakin padaNya.
Bahawa Dia menjanjikan yang terbaik selagi kita yakin padaNya.


Saturday, October 6, 2012

Dancing





Amazing!
Bagi orang tak aktif dan tak lentur perkara di atas seolah mustahil.
For me as well. =)

One year engaging into plankton behavioral observation.
I wonder.... if any alien out there from space is doing observation on human.
How would they describe these behavior in "their scientific paper".
(^-^).=writing mode activated=

...How I wish I can dance like that too. =)




Friday, September 21, 2012

Climbing

 I am not that fit, I know
The pace is not that fast, I know
I am climbing...still.
Glad I am! 



Lahaulawala quwwata illa billah! 
Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan dari Allah! 

Wednesday, September 12, 2012

Thoughts that counts

From Sensei.
From Kondo-kun.

(^-^)/

P/s: Disebabkan saya ni anak kampung yang kurang membaca, tajuk kat atas tu pun saya belajar dari chat dengan senior lab di UMT dulu. Rasanya menulis tajuk tu pun satu ingatan yang dikira untuk ilmu baru itu. Arigatou.

Friday, September 7, 2012

For the HereAfter

Another objectives.
Another charts and graph.
Another struggling.





















Very challenging.
Physically, mentally, "soul-ly", ade ke? (^-^).


;
;
;
Kalau bukan kerana cinta. Pada Allah, pada Rasul dan jambatan cinta Allah suami tercinta.
Pasti tak kuat hati ini menongkah.
Berkuat, bertahan, bersungguh-sungguh, hanya kerana dunia bukan hanya di sini.

.
.
Untuk ini, saya mohon doa semua.


.
Menanti 'kun' itu dariNya.

Sunday, September 2, 2012

Jadi kami sebaya

September, 1. 
Alhamdulillah.
Atas 28 tahun yang penuh adventure. 
Semoga waktu yang bersisa, mampu dimanfaatkan untuk mengumpul saham akhirat. 
Sedikit sangat ni bekalan untuk pembelaan diri di padang Mahsyar.


The birthday treats.
Dari siapa lagi kalau bukan jambatan redha Allah untuk saya.
Hanya Allah yang boleh balas kebaikannya, kerna saya cuma mampu berinya setia. 
Terima kasih ya Allah. 
Terima kasih ya habibi. Fiddin, fiddunya wal akhirah.

Treat no.1
3 roses.
I.LoVe.U!

Treat no.2. 
Earlier, he described hadiah ni as... pakai buang tapi menyeronokkan. (^-^)
80 minutes relaxation giftcards. 

Pilih foot reflexology and body massage or kat sini dipanggil body care. Cannot describe how I miss these routines...hehehehe.  Spa-addict. Malaysia murah mende ni. Kat sini menangis la nak pergi selalu. 


Free- foot bath in calendula water. 
Finishing. Ginger tea and candies.


The celebration. Ad-hoc. Unplanned. Alhamdulillah. =)
 
Spagetti pepperocino dan bbq daging dalam rumah. =)


The cake... Tak la senang nak order kek kat Jepun bila tatau bahasa Jepun. Arigatou gozaimasu habibi. 
Its ice-cream cake. Oishhi. Alhamdulillah. 

Friday, August 31, 2012

Sesal dan sebal

Sesekali "ter"biarkan emosi merajai keadaaan.
Tatkala itu apa yang keluar dari lidah kurnia Allah ini, bagaikan pedang dan api.
Menghiris hati.
Membakar kebaikan.
Menghangatkan keadaaan.

Bila dikerpok kepala dengan ketukan Allah.
Yang boleh dibuat ialah mohon ampunan.
Dengan Allah, atas keperlampauan batas dalam berbicara itu senang.
Sebab Allah dah berjanji dalam kitabNya, dengan jaminan, kalau kita bertaubat dan mohon maaf maka ampunanNya itu lebih besar dari isi langit bumi lautan seluruhnya.
Tapi dengan telinga dan hati yang mendengar saat kita emo tu?
Untuk melafaz maaf juga perlu turun dan tunduk.
Mujahadah membuang ego dan memenangi permohonan maaf dengan ikhlas itu, sungguh membutuhkan kuasa diri!
Tapi harus.
Maka harus.
Dan semoga yang selepasnya itu dengan kebaikan dan rahmah.



Thursday, August 30, 2012

Duhai hati.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?, (1) 
Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu, (2) 
yang memberatkan punggungmu? (3) 
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan [nama]mu (4) 
Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, (5) 
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. (6) 
Maka apabila kamu telah selesai [dari sesuatu urusan], kerjakanlah dengan sungguh-sungguh [urusan] yang lain (7) 
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. (8)

Wednesday, August 29, 2012

15

I was 13 years old girl. 
Naive yet plain.
From 13 to 15...or 16.
3 years of pain.

It's still hurt. 
A lot. 


Friday, August 17, 2012

Manis

Bila terasa berat bila ia beransur pergi..
Belum berpisah tapi sudah rindu...
Rasa sayu mengenangkan nanti keadaan xkan sama...
At 27 years old.
Baru merasainya.
Lambat tapi semoga bertambah dan meresap jauh sebelum nyawa dicabut malaikat...
Semoga...

Raya...

Selamat hari raya.

Nak termenung tak sempat.
Tp masa drive banyak masa nak termenung
40 minit tu

Sayu......

WAaaaaaaaaaaaaaaa....nak balik!!!!

>HOMESICK<

Monday, August 13, 2012

Anak itu....

Tinggal lagi sejam waktu menunggu ikan siap di"incubate".
Tengok2 internet terjumpa ini...

Satu perkongsian menarik dari prof Dr Muhaya:-

"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilay
an sebegitu oleh si suami"

SUBHANALLAH...indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.

Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan???
Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID :)





(^-^).





Semoga jadi panduan buat saya dan suami tercinta.

Mungkin juga Tuhan jadikan jarak masa menunggu kami ini lama berbanding pasangan lain untuk kami menyediakan diri. Menyiapkan diri untuk jadi ibu bapa paling bijaksana lagi berkasih sayang. 
Amin ya Rabb. 
Semoga dari masa ke masa kami bertambah soleh dan solehah untuk mujahid mujahidah kami nanti. 

(^-^). Tolong Aminkan ya.... 


Monday, August 6, 2012

Shopping Online

Suka sangat shopping online kan.
Tak tersedar yang banyak aturan yang harus diperhatikan.
Dunia penuh manipulasi.
Jadi sendiri harus bijak meneliti.

Hari ni memesan tudung untuk lebaran(kalau sempat sampai).
Nak bayar guna paypal,tiba2 tokey kedai sana kata ada extra charge.
Aik?
Diselidik dibaca, rupanya paypal kenakan fee untuk penjual, bukan pembeli.
Walaupun tak diberitahu dengan jelas tapi sebab malas nak fikir banyak, barang kali ni pun melibatkan barang pesanan kawan, jadi setuju je.
Semoga Tuhan ampunkan andai penjual berniat menyembunyikan hal. (Prasangka? My bad....)

Berkenaan charge ni, risau kot2 ia ialah riba. Bertanyakan ustaz di sini dan merujuk kepada artikel :

http://www.zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/793-hukum-jual-beli-lelong-di-ebay-a-swoopo.html

Fees dalam paypal tu adalah yuran urusan pentadbiran dan dibolehkan.

Dalam isu kali ni, jadinya cuma perlu persetujuan jelas yang saya sebagai pembeli bersetuju untuk menanggung kos itu bagi pihak penjual.

Sebenarnya tak kisah, faham la kan. Tapi berharap penjual menjelaskan dengan jelas.
Expectation....always lead to frustration!

Monday, July 30, 2012

Tarbiyyah Ramadhan

Sudah 11 Ramadhan.
Alhamdulillah.
Bernyawa dan gagah.
Tarbiyyah dari Tuhan bulan ini terasa berganda-ganda.
Bercadang untuk mengambil sedikit masa menulisnya buat peringatan di masa depan.

Tarbiyyah 1.

Ramadhan-tarawih...bagai lagu dan irama, tak lengkap tanpa seiring.
Memandangkan makhluk Allah spesimen pemerhatian dan ujikaji saya juga cuma berkembangbiak musim ini, jadi saya harus mengejar kedua-duanya.
Harus seimbang.
Semoga tidak lelah, dengan ingatan semuanya kerana Allah.
Memandangkan harus pulang awal dari biasa untuk menyiapkan menu berbuka, saya decide untuk mengawalkan waktu mula kerja. Bermakna malam harus tidur awal kerana harus pula bangun menyiapkan sahur. Syukur suami tidak cerewet makannya, dan sangat membantu.
Atas startegi ini, saya jarang bertawawih di Masjid Al-Salam kecuali jika esoknya tidak ke lab, cuma di rumah, bersama adik2 undergrad di kejiranan sini. Berjemaah cuma bacaannya tidak panjang, cuma semampunya juz Amma =)
Percaya rahmat Allah untuk sesiapa sahaja dalam apa cara sahaja usaha kita untuk ibadahnya, maka saya tenteramkan hati atas keterbatasan  ini.

Namun sesekali menghadiri tarawih di masjid. Saya akui agak "terkejutan budaya".
Di Malaysia, lazimnya kita pergi ke masjid tempat kita membesar dan di kejiranan.
Yang semuanya sama fahamannya tentang agama Allah ini dengan kita.
Di sini, bercampur baur.
Berbagai warna.
Berbagai ragam.
Maka, kita berpeluang merenungi bukan sekadar teori baca firman Allah yang ini...

"Wahai manusia ! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku puak , supaya kamu berkenal-kenalan (beramah mesra antara satu dengan lainnya). Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantara kamu. Sesungguhnya Allah amat mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuannya." (Q.S.al-Hujurat : 13)


Sungguh, untuk menjadi yang mulia itu, untuk menjadi yang takwa itu...rupa-rupanya tidak mudah.
Berbagai bangsa, berbagai negara, berbagai kefahaman, berbagai mazhab, berbagai cara.
Sungguh variasi.
Tapi yang pasti, kami semua di situ, di rumah Allah itu, ada satu persamaan. 
Kami semua percaya Allah itu satu, dan Muhammad SAW itu penyampai kebenaranNya. 
Dalam usaha "mengenal" saudara-saudara baru ini, pembacaan tentang luasnya praktis Islam ini, buat masa terisi. Buat dada sesak dengan persoalan, buat perasaan ingin tahu membuak-buak. Syukur internet dan orang berilmu masih ada di sini. Yang pasti hingga saat ini masih terlalu banyak untuk dibaca dan difahami. 
Anugerah bukan? 
Dari bingung kepada tahu.
Dari sempit kepada lapang. Hati dan fikrah. 

Juga belajar sesuatu.
Akhir-akhir ini terasa ingin menyediakan diri menjadi ibu kepada bakal mujahid dan mujahidah.
Jadi sibuk memerhati cara didik asuhan anak-anak soleh solehah dari yang sudah terlebih dahulu dikurniakan rezeki zuriat. 
Sebelum ini selalu saya katakan, anak-anak di masjid itu satu pembiasaan kepada biah solehah.
Tapi bila berterawih, mungkin kerana begitu pentingkan diri sendiri, mahu khusyuk lah kononnya, terasa terganggu dengan larian tawa riang gurau senda anak-anak kecil kesayangan Allah.
Moga Allah ampunkan perasaan itu. 
Perasaan ini harus dicabar, dididik, supaya hilang, supaya mampu tenteram dengan kehadiran bunyi-bunyian itu. Ia tidak harus kekal dalam hati. Ia harus dihilangkan. 
Semoga mampu sebelum berakhirnya bulan tarbiyyah ini.
Cumanya, belajar, untuk menanam niat, supaya mampu di masa depan, dengan izinNya mampu mendidik diri untuk dicontohi anak-anak bagaimana berkelakuan di masjid. 
Saya temui artikel yang ditulis dengan baik, buat panduan diri. 


Semoga termampu, untuk jadi ibu yang mampu itu.

Hidup dengan doa. 



Friday, July 20, 2012

Pilihan Allah

Aisya dan umminya, Teh Nita, saya, Sister Katherine dan Alya.
Dari Indonesia, Malaysia dan Filipina. Membuktikan bila akidah kita sama asal keturunan darjat dan pangkat bukan perbezaan. Dalam mencari titik persamaan.... Terima kasih ya Rabb atas kasih ini.

Penghujung Syaaban yang penuh peristiwa.
Pertama kali dalam hidup, menyaksikan seseorang, mengishtiharkan syahadah secara umum.
Dengan penuh penyerahan.
Dengan penuh yakin dan berani.


Speechless. 

Bertuahnya dia.
Di umur 26 tahun. 
Dia kini bermula bagai bayi.
Terasa kotor berada disampingnya. 

Ramai yang datang.
Tiada yang kebetulan.
Jadi kita yang menyaksikan. Terdiam memikirkan inilah sambutan Allah untuknya.
Hidayah itu. Untuknya.
Kejadian ini, untuk kita. Memikirkan dan menginsafinya.

Surah Annur ...ayat 35.

"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah Allah adalah sebagai sebuah misykat yang berisi lampu, lampu itu dalam geluk kaca. Geluk kaca itu pula dengan minyak dari pohon yang banyak manfaatnya, pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari bukan sahaja semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya. Hampir-hampir minyak itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar walaupun ia tidak disentuh api, cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakinya kepada nur hidayahNya itu dan Allah mengemukakan berbagai misal perbandingan untuk umat manusia, dan Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu. "




She is the chosen one.
Semoga Allah memelihara hidayah ini dalam hatinya dan hati kami.



Wednesday, July 18, 2012

Dia itu Allah.

Sekarang natsu. Tsuyu owarimashita. 


Its a day of blessing. 

#Kejadian 1.

Sensei bagitau, kawasan Ehime, tempat ikan sampel saya yang saya perlukan sampai bulan Ogos ni, kena redtide. Its a nightmare untuk pembela ikan sangkar. Semua ikan yang dibela kat situ, mati...kecuali...ikan untuk sampel saya. 

My response : Yokattane...the fishes are very strong. Konon2 impress dan kot2 la Sensei nak terang or suruh saya kaji kekuatan ikan ni pulak. 

Rupa-rupanya point Sensei ialah.....

" It is strange. Maybe they still alive due to your strong wish. " (Susumu Ohstuka, 2012). 

I am about to cry. Speechless. Saya tak tahu betul ke tak, tapi sebab saya selalu kata "Allah will help me", maybe strong wish yang dimaksudkan itu ialah "your strong pray". 
Semoga suatu hari dia tahu saya bukan berdoa kepada yang sia-sia. 
Semoga suatu hari dia tahu Allah ada menjaga saya. 

#Kejadian 2. 

Saya solat di koridor. 
Seorang onesan melihat, dari awal hingga akhir. Sambil makan bento.
Seusai solat saya senyum, duduk menunggu suami.
Tiba-tiba dia datang kasi coklat Meiji Marble yang dalam gambar tu.
(^-^). Dia tanya boleh makan x? 
Untuk gembirakan hatinya saya bukak dan makan sambil buat respon tipikal Nihongjin ...
"Oishikatta!!!! "


Rezeki dari langit....Tuhan punya kasih. 
Feel like crying. Already cried. 

#Kejadian 3.

My friend get pregnant.
Her third pregnancy. 
But she was not happy.
She cried. Bersedih juga. Atau mungkin terkejut. 
Sebabnya dia sedang dalam usaha nak sambung master. 
She said when she pregnant for the second daughter, dia berhenti tengah jalan untuk master di negerinya. And the second susume is now only 9 months. So, she feel tired. Dan terkejut because she actually was using IUD for family planning. 

Tuhan punya kuasa. Kita merancang Tuhan tentukan. Tak tahu lah ada tak pepatah tu dalam bahasa kawan saya tu. =) 

Really makes me realize. 
Kita mahu, orang tak mahu. Orang tak mahu, kita mahu.
Kita dapat, orang tak dapat. Orang dapat, kita tak dapat.

Rezeki. 

She really wants to study more and more.
I really wants baby. 

But.... Tuhan kasi rezeki ikut kadarnya. 
So never take anything in life for granted! 

P/S: Nak je bagitau kat sahabat itu, kasi saya baby tu nanti boleh? Hihi. (^-^). Semoga ini doa. 

























Wednesday, July 4, 2012

Namako Sashimi


I personally think that this is very interesting experience. So cannot help myself but have to blog about this right now! 


Namako Sashimi (ナマコ刺身)...... bukti yang manusia adalah pemangsa paling ganas di muka bumi. =)



Abaikan suara dan bahasa saya itu. Saya budak baru belajar. 
Dalam bahasa melayu ia ialah gamat. Orang putih kata sea cucumber. 
Kat dalam bontot dia yang dipotong pastu keluar cecair tu Sensei cakap banyak haiwan-haiwan seni lain biasa buat jadi rumah jugak kat situ. So Sensei kata nanti balik Malaysia, jangan lupa cari gamat banyak2, pastu korek bontotnya, manalah tahu kot-kot boleh jumpa species plankton baru. Hehe 




Kabocha-mitte. Macam bentuk labu yang dibelah dua. Kirei na... MasyaAllah.  Bila dibelah dua ni kan baru tahu betapa bersihnya bahagian dalam makhluk ini. Tengok je kat luar tu sikit punya tak indah rupanya. It goes the same with everything in life also... mujahadah paling besar harus ajar diri ialah supaya tidak menghakimi sesuatu. 

Gosok ngan garam nak kasi habis keluar lendirnya

Dihiris nipis2. Sebelum ni, saya ingatkan gamat ni lembik macam ulat. Euw... tak nak sentuh pun sebab geli mende lembik. Tapi rupa-rupanya, MasyaAllah, liat makhluk Allah ni. 

Tada......namako sashimi.
The first person yang try. Muka control. Lepas makan, are...shoppai kore. Masin katanya.

This is my best buddy here. Yusuke Kondo. I called him Kondo-kun. Dia ni jenis yang gembira dengan semua perkara baru. Dan tipikal nihongjin, muka kelat tapi kata....umai yoo... ahahaha. 

This is Sadaharu Iwasaki. Iwasaki-san. The staff of our lab. Very multitasking person., and warm too. He get married to a gorgeous Spanish girl, used to work under my SV too, so maknanya, lab ni boleh menimbulkan bibit-bibit cinta jugalah =) Muka dia camtu sebab liat sangat encik gamat ni.



Bila saya try dah takde orang nak ambik gambar semua tangan dah kotor. Saya try sekeping je pun. Rasanya, macam sotong yang mentah, tapi lebih liat dan sedikit masin.
Patutlah dulu ada sorang pakcik di Terengganu tanya, kenapa gamat ni masin, ikan dan hidupan laut lain tak masin pun. Err....belum study lagi kenapa jadi tak tahu.

Akhir sekali.....kaitan peristiwa menarik ini dengan kehidupan sebagai Muslim....renunglah ayat ini....

"Dialah yang membuat laut tunduk kepada anda supaya anda boleh memakan daging yang segar dari ..." (Qur'an, 16:14)

Monday, July 2, 2012

Marine day

Dijadualkan dalam kalendar 16 Julai.
Hari apakah itu? - Saja je nak memulakan perbualan di pagi Isnin bila semua ahli lab cam ngantuk je.
My deskmate, deskmate ke? Meja sebelah.

He said:
"Its nothing, just the government people create it so they can have holiday. "

Terpinga-pinga. ;Saya.

Rupa-rupanya, lelaki dalam lewat usia itu, lewat 20-an. Seperti itu.
Homologinya: specimen Malaysia dan specimen Jepun.
Ada girlfriend
Belum ada kerja
Stress bila dapat jemputan kahwin kawan2. (tak sangka pulak Jepun camtu)
Peka dengan berita ekonomi dan politik
Protes dan tak puas hati ngan kerajaan semasa


Semuanya sebab kestabilan hidup kot.
Semua pun risau.


No wonder lah kan revolusi berlaku di mana-mana sekarang.
Di seluruh dunia.


Dan oh, alangkah tertinggalnya saya, dalam memahami semua isu ini. 

Apa point tadi eh?
.
.
.
.
Tak ingat.

.
.
Kesimpulan, everybody wants a better life.





Friday, June 29, 2012

Lembu?

Lembu dipegang pada tali.
Manusia dipegang pada janji.

Itu yang membezakan manusia dan lembu.


Friday, June 22, 2012

Shhh

Ada hari kita rasa tanak cakap ngan orang.
Today.
I am blaming....

The PMS.

Thursday, June 21, 2012

Mari belajar mencetak poster

Untuk Hiroshima University kampus Saijo.

1. Pergi ke website Information Media Center (Bahasa Jepun), so guna Google Chrome untuk auto-translation
2. Pilih servis
3. Pilih Servis Print and Scan
4. Pilih Poster Printing Service
5. Check jadual dan pilih tarikh dan waktu untuk booking slot
6. Call or pergi tempah di Media Center directly untuk booking. Tak tahu depa boleh cakap eigo ke tak, so better minta tolong kawan-kawan Jepun yang baik budi.=)
7. Print out borang, boleh pilih PDF atau Word.
8. Harga bergantung material. Kain (クロス)  mahal sikit tapi senang bawak travel. 
9. Bawak borang ke Media Center pada hari kejadian. 


Owarimasu! 


Tiba-tiba berangan nak gi konferens....cepatlah siap tulis Norshida! 



Tuesday, June 19, 2012

Apa yang penting

Ada beberapa hari lagi sebelum tarikh mati erk....omputih kata deadline.

Norshida....sila...... FOKUS!!!!!


P/s: Kalau dah 2-3 entry dalam sehari tu maknanya fikiran terganggu le tu. (-_-) Yang pasti tulis mengarut2 kat blog ni sungguh la sungguh senang berbanding nak merumus satu manuscript. Owh..... pepodku.....

Mari belajar memenyet ayam

Ayam penyet Teh nita. 

Bahan sambal:
Cili padi, cili apa2 yang pedas - 
Cili besar kalau ada.
Tomato
Belacan
Bawang besar 
Bawang putih 1 ulas
Air perahan limau purut kalau ada (air lemon pun boleh cuma x wangi kata Teh nita)
Gula
Garam

Bahan Bumbu/Rempah untuk rebus ayam:
Dikisar: 
Bawang merah/besar
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Kunyit
Ketumbar

Asam jawa
Garam
Gula -agak banyak,
Serai dititik
Daun salam
Daun limau purut

Bahan Nasi Uduk/lemak:
Beras
Air
Santan
Serai
Ketumbar
Buah pala
Daun limau purut atau daun salam
Garam
Gula (sikit je)





Bahan-bahan untuk sambal, digoreng dulu. Kemudian dikisar. Kena guna food processor atau tumbuk, sebab hari tu guna blender, disebabkan dah digoreng, ada minyak kan, dia jadi berkrim gitu. Dok comey.


Ayam dibasuh, pastu bahan2 bumbu dikisar, campurkan sekali, air sikittttt je, pastu bukak api kecik je, perasakan gula garam dan asam. Dalam periuk ni 2 ekor ayam 1kg, dan maybe 3-4 keping ayam boneless, Teh Nita letak gula dalam 2-4 sudu besar. Bila ayam dah masak sikit boleh seimbangkan rasanya.  

After about 30 mins kot. Lagi lama lagi bagus. Ayam dah masak. Dah siap untuk digoreng, deep fry macam biasa.  Teh nita kata, lagi elok lepas ayam dah masak, biar semalaman, esok tu baru goreng, baru bumbunya meresap. Kalau suka makan tulang (kalau terasa adik beradik jin=), boleh guna pressure cooker, sbb tulang jadi lembut. 

Tak ingat namanya. Tapi guna mende ni lah untuk memenyet ayam yang dah digoreng. 

Tu dia.....ayam goreng yang siap dipenyet. Teh nita sopan orangnya, time memenyet ayam pun sopan dan comel =)

Yatta!!!!! Rezeki ukhuwah =) Ayam penyet bersama sambal, lalapan dan nasi uduk.
Alhamdulillah.



Kita merancang, Tuhan tentukan.
Tidak Allah tahan sesuatu kecuali Dia gantikan dengan yang lebih baik.
Jika kita meyakininya.
(^-^)

Takde pulak gambar sifu Ayam Penyet yang sweet ini. Anak murid sibuk makan sebaik saja ayam siap. =)

Sunday, June 17, 2012

Alamak!

!(◎_◎;)
Terasa!

Semoga belum terlambat untuk perubahan. Life is a progress anyway?

Friday, June 15, 2012

Nostalgia

Makanan ruji zaman kecik.
Tiba-tiba rindu.
Menyebabkan kerajinan terlampau di pagi hari.

Semoga Allah berkati ibu dan kakak2 yang perkenalkan saya kepada makanan yang lazat ini.

Thursday, June 14, 2012

Distraction

Ada pembinaan. 
Tambah 3 biji shower room.
Owh....
Sungguh rasa terganggu. 
Pernah bayangkan buat eksperimen atau melukis dalam dapur yang tengah direnovate? 

.
.
.
.
.
Have to try my best to overcome this situation. 
Kalau tak boleh jugak mungkin kena tukar jadual kerjalah kot.
Depa kerja siang......
.
.
.
.
Allahumma yassir wa la tuassir. 

.
.
Permudahkan urusan hatiku Ya Allah. 

Thursday, June 7, 2012

Failure

My labmate, had her final defense last 2 days.
But she failed.
She is given another 1 year, for revision and major correction and have to face the defense again next year July.
She already struggling for 4 years.
.
.
.
.
.
I feel ....
;
;
;
;
;















But, she was okay. Calm and smiling. Maybe accepting.

.YOsh! Bukan masanya bercerita. Shigoto!!!!!!!!

Wednesday, May 30, 2012

Terharu

Dengan rentetan gambar majlis pecah tanah projek lebuh raya Rakyat di Kelantan.
Tok guru.
Solat.
Menadah doa mohon restu. Dari Allah pemilik tanah.
Termenung seketika.
Dari gambar tu, tok guru dah benar2 lanjut usia.
Jelas.
Kelihatan lemah fizikalnya.
Tapi kita semua tahu kuatnya hati dan takwanya.

Termenung lagi.
Andai Tuhan memanggil guru yang rendah diri ini....
Siapalah yang layak menggantinya?
Sepertinya?


Friday, May 25, 2012

Semoga berjaya bertahan

Calorie restriction mode activated!

Today's dinner.

Sup sayur berMandu =)






















Tahniah, anda merosakkannya dengan half bucket popcorn at 10 pm! 

Wednesday, May 16, 2012

Okinawa lagi?

May.
Bulan cruising.
Tapi kali ni sy tak pegi.
Sensei dan semua ahli lab pegi.
Baru rasa nak buat kejahatan dan kemalasan.
Dapat emel:

Good luck with your experiment. I am expecting good result after the cruise. 


Yatta!
Can he read my mind?




Saturday, April 21, 2012

Significant

Tido di lab 3 hari.
Result paling signifikan ialah: berat turun sekilo.
(^-^)

Ok la tu. hehe.

Monday, March 26, 2012

Penghujung Semester 2

Masa terasa berlalu sangat pantas
Dan mula terasa penat mengejarnya
Mula cemas jika tak sempat mengejarnya
.
.
.
.
.
Buat saya terfikir
Mungkinkah kerana semata ini dunia?
.
.
.
.
Diam, harus mula berfikir dan
Merefleksi.

Kepada semua sahabat seperjuangan.
Sejepun.
SeAsia.
Seantero dunia.

Semoga rahmat Allah di perjalanan ini.

Saturday, March 24, 2012

Kekcoklat KakSue

Susu manis 3 sudu
Gula 1setengah cawan
Telo 5 biji
Butter 3/4 cwn
Gandum 2 cwn
Baking powder 2 sudu
Soda 1/2 sudu
Koko 1 cwn
Kopi 1 sudu kecik
Air 1/2 cwn (larutkan koko dan kopi)

Method:
Larutkan kopi dan koko kemudian masukkan dalam peti ais
Kembangkan butter dan gula
Masukkan telo sese
Masukkan gandum dan koko sikit2.

Bako sapa  masok.
 =) 

I miss my sis like crazy.

Sunday, March 11, 2012

Kerana apa?

Bila buat sesuatu bukan kerana Allah.
Maka mudah untuk goyah.
Maka mudah untuk kecewa.
Maka susah untuk istiqamah. 
.
.
.
.
.
.
.
Kini baru memahaminya. 

Monday, February 27, 2012

Ummi

Ummi.
Dia Ummi saya.
Ummi saya yang ummi.
Dia tidak boleh membaca. Juga tidak boleh menulis.
Dia ummi. Tidak kenal huruf.
Tetapi dia Ummi. Dia membesarkan dengan izin Allah.
10 + 1 insan.
Yang boleh membaca. Dengan baik. Sekali. Sungguh baik.
Kejayaan siapakah agaknya antara yang 10+1.
Yang boleh menandingi kejayaan dia. Ummi kami ini?
Siapa?


















Bukti Tuhan. Yang punya Kuasa.
Yang punya kuasa memberi.
Kepada siapa yang Dia mahu.
Juga beri kita peluang.
Memikirkan apa erti kejayaan.
Kejayaan yang sebenar.

Dia yang ummi.
Juga ada bidadari-bidadari, berjumlah tidak kurang 4, yang menanti di taman syurga.
Jaminan Allah untuknya.
Saya rindukan dia.
Tapi saya tahu tak perlu risau lagi.
Tuhan ada menjaganya.
Yang ummi.
Tapi kini juga tidak lagi boleh menggunakan tulang dan sendinya segagah dulu.
Kerehatan Allah untuknya.

Sunday, February 26, 2012

Saya tulis status ini semalam.
Tatkala seringkali saya tertanya2. 
Kenapa saya buat ini?
Kenapa saya belajar ini?
Kenapa saya memilih ini, berbanding kawan2 yang bahagia menelaah Al-Quran.?

Lalu, saya mendengar secara tidak terancang. Dari TV Alhijrah, seorang Ustaz yang saya tidak tahu namanya. Tapi saya yakin yang apa yang saya dengar itu datang dari Allah. Jawapan untuk kenapa dan kenapa yang berputar di benak saban hari.


Belajar untuk tahu, belajar untuk amal dan belajar untuk sampaikan. Jangan belajar untuk jadi pandai, kerana nanti kamu akan bodoh-bodohkan orang. ~ Owh....bila Tuhan kasi faham kenapa dan kenapa~ Syukur. - Terima kasih ustaz TValHijrah, terima kasih Allah.


Tidak terjangka. 
Bukan cuma itu yang Tuhan mahu saya tahu.
Dari sahabat yang jauh...du bumi United State.

Berniat belajar untuk mendidik dan memberi khidmat pada org lain. kerana memberi khidmat itu adalah amalan. Amalan2 yg berulang2 akan menjadikan kita lebih faham kelebihan dan kekurangan ilmu yg kita dianugerahkan malah ia dapat meningkatkan dan mengembangkan ilmu sedia ada. Ilmu yg dicari & diberi mestilah betul (no hidden agenda for self-interest) Insya-ALLAH ALLAH menambahkan dengan ilmu benar yg lain. Memberi khidmat dgn ikhlas kepada umat manusia sejagat adalah teras kejayaan kerana ALLAH mencipta kita sebagai khalifah. Jadi dengan amanah yg diberi , kita laksanakanlah sebaik mungkin. لا حول ولاقوة إلا باللهi. Semoga ALLAH memberi kekuatan dan hidayah, dan melengkapi kekurangan diri kita. Amiin Ya ALLAH. ALLAH yang lebih mengetahui.

Zana Mohd Nor 
I have asked ALLAH many many times, then this thought cross my heart and my mind. Dan setiap kali saya mula membaca/melalukan tugasan atau saya mulakan hari dan dalam doa saya, Bismillah, Ya ALLAH KAU permudahkan urusanku ini janganlah ENGKAU susahkan, anugerahkan aku ilmu yang paling ENGKAU redha dan paling baik di sisimu, dan jadikanlah ilmu itu amalanku, dan untuk ku memberi khidmat kepada org lain. Jgn sesekali memalingkan diri kita bila org datang bertanyakan ilmu yang kita ada. bantulah. ini bukan sahaja khidmat tapi amalan yg datang bersamanya tambahan ilmu & mengasah ilmu sedia ada.

Zana Mohd Nor 
Kalau kita berniat belajar hanya utk dapatkan PhD dan pangkat, maka itu lah kita akan dapat. dpt PhD & pangkat, bagaimana rupa jadi lepas tu pada kita hanya ALLAH sahaja tau. adakah PhD & pangkat & status itu membuatkan kita senantiasa mengigati ALLAH? dekat dengan ALLAH? adakah ALLAH menghantar teman2 yang senantiasa mengigatkan kita kepada duniya & akhirat yg seimbang? atau ALLAH hanya menghantar org2 yang membuatkan kita lalai dari mengigati ALLAH dan jauh dari ALLAH? adakah ALLAH menyibukkan kita dengan perkara2 yg lara?

Zana Mohd Nor 
Untuk dapatkan ilmu yg benar kena minta daripada PENCIPTANYA, ALLAH. Bagaimana? Strive your best to begin your work/your day/your mission (every mission) with spiritual learning - permintaan pemeliharaan keikhlasan kepada ALLAH dalam solat mlm, solat hajat, solat istiqarah. solat taubat. solat dhuha. dll. titipkan permintaan Shida N Syazni itu kepada ALLAH melalui perantara terus dengan ALLAH dalam sujud terakhir pohon lah banyak kali yang mampu sehingga seperti seluruh hati bergetar dan minda bersatu dengan hati mengharapkan pertolongan ALLAH segera memakbulkannya. seperti Solat Istiqharah " Ya ALLAH Engkaulah Yang Maha Mengetahui, aku tidak mengetahui melainkan apa yang ENGKAU ingin aku tahu ( I add : Ajarkan padaku ilmu yang paling berguna dan terbaik disisi mu tentang perkara ini (state what you want to do at that time), ENGKAUlah yang MAHA Mengetahui lagi Bijaksana" .

Shida N Syazni : then start your work with Bismillah dan zikir2 banyak. and just all out do it. you will be surprised, when you begin the work, you cannot imagine the end result, you just go on doing it as if someone is teaching to you do it, you start to think and expanded in ways that you never think before. and at the end you will be surprised to see the quality of work that you produced. it something that you have never imagined that you complete by yourself. dgn Izin ALLAH you will understand the meaning of this work in relation to your study and to your real life meaning. that given knowledge is actually have connection to all the work that you are going to build in the future. it's like you're putting the bricks, one by one, that eventually you will get a wall. None is a waste. everything knowledge that you build from this approach has its own use.

Zana Mohd Nor Shida N Syazni, I see that this the best for me to maintain my sanity from being insane for worldly competition. [Knowledge of Lord is enough for me]. I pray for both of you and Insya-ALLAH ALLAH grants us victory.

Zana Mohd Nor pst, sama kita2 baca AL-Quran hari2, tak boleh byk sedikit. I am blessed, ALLAH send to me out of many a housemate who read Al-Quran every day when she can. She is gifted and with that she created a good ambiance for me and our house environment. Alhamdulillah.



Suprising.Tuhan mentarybiyyah dengan caranya yang hikmah. 

Norshida-san, keep on praying! God is listening. But you also need to learn to listen to his answer. 


Monday, February 20, 2012

Melekat

( ´ ▽ ` )ノ
Dah tak jadi keje lain dah.
Anniversary gift. Tahun ke3.

1
2

3


Terima kasih cinta.
Terima kasih Allah.

Monday, February 13, 2012

Arrived!

From ...
Mula2 dpt tau kos, wow. Pening kepala!
Tapi, bila baca isinya, Subhanallah!
Yang dibayar cuma kertas dan servis fotokopinya. Ilmunya tak mungkin terbayar.
Alhamdulillah.
Thank you Sensei for forcing me to order this great reference!
Alhamdulillah.
Allahuakbar.

Saturday, February 4, 2012

Apa nak di kata

Seseorang sudah menulis dan menerbitkan sebahagian dari kajian saya. 
Owh. My.
And they are experts. 
While I am ...... truly beginner.
Terdiam seketika.
Harus diam seketika.
Tipu jika saya kata saya OK.
Tapi saya harus OK.
Tuhan kata rezeki itu dia yang bahagi.
Be positive Shida! 
Bahagian saya mungkin lebih bagus dan barakah.

Rehat seketika. Sehari.
Esok sambung berjuang.

Wednesday, January 18, 2012

The Human Art


You will find peace not by trying to escape your problems, but by confronting them courageously. You will find peace not in denial, but in victory.
 J Donald Walters  

Rupanya bukan masalah pun.
Kesilapan teknikal je kot.

Herm....Tuhan mentarybiyah hambaNya dengan variasi cara.
Dia yang lebih tahu. Segalanya.
Alhamdulillah.
Saya lakukan sebaiknya.
Selebihnya urusan Allah.