Monday, August 13, 2012

Anak itu....

Tinggal lagi sejam waktu menunggu ikan siap di"incubate".
Tengok2 internet terjumpa ini...

Satu perkongsian menarik dari prof Dr Muhaya:-

"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilay
an sebegitu oleh si suami"

SUBHANALLAH...indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.

Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan???
Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID :)





(^-^).





Semoga jadi panduan buat saya dan suami tercinta.

Mungkin juga Tuhan jadikan jarak masa menunggu kami ini lama berbanding pasangan lain untuk kami menyediakan diri. Menyiapkan diri untuk jadi ibu bapa paling bijaksana lagi berkasih sayang. 
Amin ya Rabb. 
Semoga dari masa ke masa kami bertambah soleh dan solehah untuk mujahid mujahidah kami nanti. 

(^-^). Tolong Aminkan ya.... 


1 comment:

  1. Aminnnnnnnn

    Shida..
    Rindu sama kamu juga...semoga perjalanan kamu dipermudahkan, InsyaAllah. Doa aku sentiasa bersama mung(^_^)

    ReplyDelete