Saturday, March 12, 2011

Alzalzalah


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, 
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? 
Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya.
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

======================================================================

Gempa bumi di bumi Jepun. 
8.9 skala Ritcher.
Tsunami.
Kecemasan di loji nuklear. 
==============================================================
Kami di Hiroshima masih belum terasa kesannya.  
Namun ada sahabat-sahabat bersama keluarga yang melawat Tokyo mengalami gegarannya.
Semoga semua Muslim dan sahabat dalam keadaan yang selamat sejahtera.
Belum pasti jika ia sudah berakhir di sini. 
Kami masih berjaga2 untuk gegaran susulan, yang siapa tahu.
Kebetulan saya tidak ke makmal yang di pinggir Seto Inland Sea semalam.
Jadi tidak saya ketahui camana ombak dan badai di labo kami semalam.
==========================================================
Ini peringatan.
Untuk saya.
Untuk kami.
Untuk kita.
Kita merancang yang indah-indah.
Kadang terleka dalam perancangan sendiri
Berharap semuanya akan berlaku seperti diimpi.
Gegaran ini. Tsunami ini.
Buat saya terpaku.
Tersedar.
Belum pasti saat akan datang mungkin...
Bukan untuk kita.
Sedangkan seminit lagi belum pasti, apatah lagi esok, apatah lagi 3 tahun lagi.
=================================================
Usai kehidupan bermula di bumi matahari terbit ini.
Fokus saya kepada kerja PhD dan juga meneroka sepelusuk bumi asing ini.
Banyak saya terleka.
Pada nawaitu asal, kembara saya ini untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.
Ilmu yang saya cari kerana Allah sukakan manusia berilmu. 
Kembara saya ini sebahagian dakwah akhlak bergerak. 
Banyak saya terleka.
Dengan selesanya hidup di sini.
Dengan keseronokan meneroka perkara baru di sini.
=====================================
Zalzalah ini.
Teguran Tuhan.
Peringatan Tuhan.
Sunnah alam yang bertindak atas arahanNya. 
Semoga gegaran ini.
Menyentuh jiwa-jiwa rapuh Muslim dan bukan Muslim di Jepun.
Untuk berfikir sejenak.
Merenung kembali hakikat penciptaan dan tujuan hidup.
Semoga tsunami ini.
Menjadi pembuka jalan terang untuk hidup berTuhan.
Untuk saya.
Untuk kami.
Untuk semua. 
===================================================
Esok belum pasti.
Erti hidup pada memberi.
Saya harus mencari.
Jalan untuk membantu yang susah.
Jalan untuk dakwah.
Mungkin ini masanya.
=================================================

Kepada semua sahabat dan keluarga.
Terima kasih ambil berat dan doa kalian.
Saat ini baru saya ketahui siapa sahabat siapa kawan siapa kenalan.

6 comments:

  1. hope everything is fine over there! Been thinking bout u and u updated the blog :)

    Semoga semua Muslim dilindungi!!

    ReplyDelete
  2. Thanx LITM... keep praying..as to be honest..i'm freaking out here!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, sejak tahu pasal gempa bumi kat jepun semalam aku asyik teringat ke mung jek...Semalam wisma putra announce tak ada rakyat malaysia terkorban, harap-harap tak ada langsung la ek. Mung n husband pun jaga diri ek, harap semua ok.

    -Oda-

    ReplyDelete
  4. Shida, akak n abg amin doakan shida n syazni sentiasa selamat di sana. Semoga Allah melindungi korang berdua. Semoga kita sentiasa beringat petunjuk Allah bahawa kiamat itu makin hampir.

    Nukilan Shida menyentuh jiwa.

    ReplyDelete
  5. Syukran KakIda n BangAmin. Kalau umur panjang InsyaAllah kita jumpa di bumi Terengganu.

    Terimakasih. Mungkin kerana kali ini menulis dari hati.

    ReplyDelete