Monday, March 14, 2011

Bersediakah....

For the first time.
Terasa benar-benar tidak yakin.
Masihkah ada esok.

Hari ini, saya tidak ke lab.
Risau.
Lab betul2 di sebelah laut.
Andai ada tsunami.
Saya sendiri tidak pasti ke mana mahu pergi.
Hari ini juga masih risau.
Gegaran susulan dijangka berterusan.
Hari ini juga sebenarnya ada gegaran tahap 1 di Hiroshima.
Gegaran kecil cuma.
Tak terasa pun kerana tak tahu.
Cuma tahu dari senpai.

Esok terasa masih lagi takut dan risau.
Terasa mahu sentiasa dekat dengan suami.
Terasa andainya ini hari terakhir.
Saya mahu di sisi kamu.

Namun, teringat pesan seorang sahabat.
Buat apapun, lakukan tugas kamu bersungguh-sungguh.
Kerana mungkin kamu tiada esok.

Merenung kembali.
Kenapa saya di sini?
Di bumi matahari terbit yang penuh risiko ini?
Saya ke sini untuk ilmu.
Saya diberi kelebihan berbagai untuk title "pelajar" yang saya pegang.
Dengan itu.
Esok.
Biar apapun.
Saya harus berani.
Saya harus bekerja dengan semangat.
Kerana saya yakin.
Apapun terjadi.
Allah sudah menetapkannya.
Apapun terjadi Allah pasti menjaga saya dalam jagaanNya.

Buat semua sahabat, guru, keluarga, khasnya ibu dan bapa tercinta, ibu dan bapa mertua tersayang.
Andai saya tidak ditakdirkan bertemu kalian lagi di Malaysia.
Mohon dimaafkan segala kesilapan dan kekasaran.
Mohon dihalalkan makanan dan minuman.

Semoga saya seberani dan setabah penduduk Jepun.
Menghadapi bencana ini.

3 comments:

  1. Salam

    Alhamdulillah. Awak selamat dan semoga terus selamat di sana. Hati saya merintih melihat video2 dari sana.. saya simpati dengan seluruh rakyat jepun. Namun juga kagum dengan ketabahan mereka. Semoga yg selamat diberikan hidayah oleh Allah. Amin

    ReplyDelete
  2. Salam Irtiyah,

    Puji-pujian kepada Allah. Setakat ni masih safe and sound. Yup, keep praying, mana tahu musibah membawa hidayah.

    Lama x update apa2 pasal rawatan di blog irtiyah?

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah shida selamat... sy mitok tolong aboh sy sms cikgu kamaruddin je. x tahu nak contact shida gane sbb x buka tenet aritu...Hasbunallah wa ni'mal wakeel.

    ReplyDelete