Friday, May 25, 2012

Semoga berjaya bertahan

Calorie restriction mode activated!

Today's dinner.

Sup sayur berMandu =)






















Tahniah, anda merosakkannya dengan half bucket popcorn at 10 pm! 

Wednesday, May 16, 2012

Okinawa lagi?

May.
Bulan cruising.
Tapi kali ni sy tak pegi.
Sensei dan semua ahli lab pegi.
Baru rasa nak buat kejahatan dan kemalasan.
Dapat emel:

Good luck with your experiment. I am expecting good result after the cruise. 


Yatta!
Can he read my mind?




Saturday, April 21, 2012

Significant

Tido di lab 3 hari.
Result paling signifikan ialah: berat turun sekilo.
(^-^)

Ok la tu. hehe.

Monday, March 26, 2012

Penghujung Semester 2

Masa terasa berlalu sangat pantas
Dan mula terasa penat mengejarnya
Mula cemas jika tak sempat mengejarnya
.
.
.
.
.
Buat saya terfikir
Mungkinkah kerana semata ini dunia?
.
.
.
.
Diam, harus mula berfikir dan
Merefleksi.

Kepada semua sahabat seperjuangan.
Sejepun.
SeAsia.
Seantero dunia.

Semoga rahmat Allah di perjalanan ini.

Saturday, March 24, 2012

Kekcoklat KakSue

Susu manis 3 sudu
Gula 1setengah cawan
Telo 5 biji
Butter 3/4 cwn
Gandum 2 cwn
Baking powder 2 sudu
Soda 1/2 sudu
Koko 1 cwn
Kopi 1 sudu kecik
Air 1/2 cwn (larutkan koko dan kopi)

Method:
Larutkan kopi dan koko kemudian masukkan dalam peti ais
Kembangkan butter dan gula
Masukkan telo sese
Masukkan gandum dan koko sikit2.

Bako sapa  masok.
 =) 

I miss my sis like crazy.

Sunday, March 11, 2012

Kerana apa?

Bila buat sesuatu bukan kerana Allah.
Maka mudah untuk goyah.
Maka mudah untuk kecewa.
Maka susah untuk istiqamah. 
.
.
.
.
.
.
.
Kini baru memahaminya. 

Monday, February 27, 2012

Ummi

Ummi.
Dia Ummi saya.
Ummi saya yang ummi.
Dia tidak boleh membaca. Juga tidak boleh menulis.
Dia ummi. Tidak kenal huruf.
Tetapi dia Ummi. Dia membesarkan dengan izin Allah.
10 + 1 insan.
Yang boleh membaca. Dengan baik. Sekali. Sungguh baik.
Kejayaan siapakah agaknya antara yang 10+1.
Yang boleh menandingi kejayaan dia. Ummi kami ini?
Siapa?


















Bukti Tuhan. Yang punya Kuasa.
Yang punya kuasa memberi.
Kepada siapa yang Dia mahu.
Juga beri kita peluang.
Memikirkan apa erti kejayaan.
Kejayaan yang sebenar.

Dia yang ummi.
Juga ada bidadari-bidadari, berjumlah tidak kurang 4, yang menanti di taman syurga.
Jaminan Allah untuknya.
Saya rindukan dia.
Tapi saya tahu tak perlu risau lagi.
Tuhan ada menjaganya.
Yang ummi.
Tapi kini juga tidak lagi boleh menggunakan tulang dan sendinya segagah dulu.
Kerehatan Allah untuknya.