Monday, April 25, 2011

Kembali berdua

Ahmad Fuad dah balik.
Sayonara Fuado-kun.
Gonna miss your accompany much2.
Pelik pulak rasanya bila masak2 untuk 2 orang je.
Pastu dah takde budak remaja main game kat tengah rumoh kecik saya
Ni dah sampai labo dengan selamatnya Alhamdulillah. Tanpa Fuad di sisi menemani.
Syukur saya dah tak takut driving.

Thank you Fuad. (^-^)
Jasamu Tuhan saja yang balas dengan rahmatNya dunia akhirat.
Semoga masa depan untuk kamu sentiasa cerah dan mudah jalannya.
Semoga Fuad banyak belajar di sini.

===============================

Jadual saya untuk beberapa minggu ke hadapan.

30 April-1/2 May. Nx week. Ke Beppu, Oita. Mengekor EncikSyazni main bola pastu mintak jalan2 onsen. Wallah!!!

3-5 May. Golden week. Cuti. Tak ke mana2 kot. Maybe datang lab habiskan melukis.

15-26 May. Yang ni ngeri sikit. RESEARCH CRUISE ke Okinawa. Nervous.

6 Jun. Family-in-law akan tiba dari Malaysia. Sehingga 19 Jun. Sehingga 10 Jun EncikSyazni ada TA works, so tak dapat lah nak bawa family ke mana2 yang jauh. Harapnya pada minggu tu saya tak sibuk sangat dan takde keje yang ada deadline supaya boleh la memberi layanan terbaik untuk tetamu2 yang datang dari jauh ni.

Tu je.

===
Melukis copepod ni cabaran betul lah.
Kalau melukis sepanjang hari.
Balik petang badan dah letih giler.
Lepas light dinner sbb dah tak lalu nak makan, solat tidor.
Tu lah rutinnya.
Camana agaknya KakHuda and Dr.Zaleha boleh lukis berekor2  tu. Haih.....
Ganbarimas Norshida-san!
===========

Tuesday, April 12, 2011

....blank

Nak tukar blog title.
Tengah pikir.

Dapat berita menguji ketahanan diri menenangkan jiwa berlapang dada.
Semoga okay2 sahaja saya ini.

Norshida-san, daijoubuyou.....

Friday, April 8, 2011

Yang ditunggu sampai juga.

Tada.....

Pertama kali, order dari Amazon.
Seronok sangat!
Semoga bermanfaat ketiga-tiganya.
Saya sangat gembira!

Sunday, April 3, 2011

It's spring!!!


Suke hati.
Dah tak perlu pakai berbundle2 pakaian dan inner dan stokin tebal segala.
I like.
Terasa sangat memahami perasaan tebuan, lebah dan belalang yang overwinter. (^-^)
Alhamdulillah.




Terasa dah gumuk penangan x exercise langsung winter baru ni, makan banyak pulak tu.
Jadi azam saya mulai 1 April 2011.

>..tut..tut...<
Adalah beberapa. Semoga diberikan peluang ditambah kerajinan, diperkuat keikhlasan mencapainya.

Alhamdulillah, kedatangan Fuad ke sini benar-benar membantu saya memupuk keberanian dan kemahiran memandu kereta.
2 hari lepas, Jumaat 1 April 2011, saya sudah berjaya memandu sendirian ke Takehara.
Praised be to Allah.

Ni Ahmad Fuad. The lucky boy of Ismail's family.
Anak kedua bongsu.
Sudah tidak merasai kepayahan hidup seperti kakak-kakaknya tetapi masih tahu erti berbudi.
Sangat berterus-terang tak suka sembunyi.
Kedatangannya ke Jepun saya kira hantaran Allah.
Melihat tingkahnya seperti melihat diri sendiri.
Jadi yang mana silap saya perbaiki.
Yang mana baik dari dirinya saya jadikan inspirasi.
Rupanya tak mudah bila sudah lama sendirian sentiasa jauh dari keluarga, hanya berjumpa sekali-sekala.
Tinggal sekali juga ada cabarannya.
Saya baru tahu susahnya kakak-kakak saya cuba memahami dan menangani tingkah saya sewaktu sebaya dengan adik ini dahulu.
Kepada Fuad, terima kasih sudi terbang menghabiskan waktu yang banyak membosankan menemani kakak yang banyak kelemahan ini di bumi indah matahari terbit ini. Terima kasih sanggup mengharungi kesejukan winter di Jepun yang memurungkan hati. Terima kasih sudi menyabung nyawa setia setiap hari menemani pemandu lembab ini. Terima kasih membantu urusan rumah yang sepertinya ada anak empat sedangkan satu pun belum berjaya saya dan suami beroleh kurnia. Terima kasih segalanya.
Fuad datang musim sejuk, jadi agak terbatas untuk ke mana-mana. Bila suhu sudah agak okay, tiba-tiba ada gempa bumi dan krisis nuklear. Saya agak risau untuk membawa Fuad ke tempat jauh-jauh jadinya. Kesian dia.

Masih bersisa 20 hari Fuad di Jepun, semoga hari-hari terakhir ini saya ada masa, upaya dan ruang untuk buat kamu pulang membawa kenangan indah, dengan sakura, rusa, arnab, ikan dan apa lagi ya? Dia mahu ke Golden Palace, Kyoto. Juga shinkansen. Semoga ada kesempatan untuknya.

Keluarga mertua akan datang bulan Jun ini. (^-^).
Jadi sudah boleh mula uruskan urusan visa mereka.
Dan list barang2 pesanan.
Aduh...bestnya.... Semoga saya masih berpeluang sihat dan bernyawa untuk menggembirakan mereka.

Akhir-akhir ini banyak saya berfikir.Betapa saya ini hidup sukar sekali memberi dan menyumbang. Sedangkan setiap nafas saya juga Tuhan beri percuma. Jadi, semoga hari mendatang, saya lebih cekap mengasuh diri menjadi seorang yang pemberi. Isteri yang memberi. Kakak yang memberi. Anak murid yang memberi. Anak yang memberi. Menantu yang memberi. Muslimah yang memberi.

Petikan kata-kata Saiful Islam, Erti Hidup Pada Memberi.