Tuesday, December 20, 2011

3 emosi

Mendengar.
Menghayati.
Menguji.
Dan ternyata membuktikan.
??

Teori: Untuk separuh ketenangan, anugerah Allah, buat hambaNya yang menguasai 3 perkara dalam diri.
??
MARAH.
TAKUT.
SEDIH.

----
Terima kasih Ya Rabb.
Kerana buat saya memahami.
----
Buat yang mengeluarkan butir bicara.
Jazakallahukhairan kathira.
Senja di Takehara Hill. 

Thursday, December 15, 2011

Punca

Rasanya bukan sebab Sensei ke, keje ke, hapyo ke kot.
Baru saya perasan.
Hari ni.
Mr.S takde.
Grrrrrr...........................
Masuk tahun ke3 baru angau.
Padah.
Gembira.
Tapi kerja belum siap.
Ngeeeee.....
Kalau saya banyak entri dalam sehari maksudnya kat masa depan saya tau point2 mana dalam perjalanan PhD ni time mana saya errr.....stress.
Ngeeeeee.......
Alhamdulillah.
Berbuka dengan kegembiraan.
Ngeeee......
Stop it Shida!
Astaghfirullah.
Mahu bersangka baik.
Mengajar diri untuk bersangka baik.
Terutamanya dengan apa yang ada dihadapan.
Banyak sangat risaunye.
Padahal belum tentu sempat sampai ke hadapan itu sebelum mati menjemput.
Semoga saya buat yang terbaik dalam masa yang masih saya miliki.

Sunday, December 11, 2011

8 hari lagi

Tapi lukisan saya belom memuaskan hati Sensei.
Ngeeeee.....
Tatau la sempat ke tak nak memuaskan hatinya.
Homology.
Homology.
Homology.

Rabbi Yassir wa la Tuassir.

Permudahkan Ya Allah.

Monday, November 28, 2011

Slow Phase

Dah bagitau Sensei nak pulang winter break ni.
Dia diam. Mulanya.
Dapat permission, tapi dengan ayat.
"You need to think of your schedule, 3 years is not a long time."
As expected.



















But I dont mind!





















Yang penting saya boleh balik!
Hihihihihihi.
Miss Malaysia dan segala isinya tersangat2!
Dan sangat happy boleh balik dengan kebenaran.
Hari tu berkira2 nak balik senyap2 je memandangkan waktu tu mmg winter break.
Tapi memikirkan soal integriti, mintak la permission jugak (selepas tunjuk result bagus). kihihihihi.
Rasa sekarang lega.

Tapi Sensei minta saya push button accelerate.
Erm...
Begitulah.
Cuma saya terpikir bilalah agaknye nak sama phase ngan dia yang jalan pun laju giler.
Hihihihi.
Ayyayyy Capten! Saya tekan minyak tapi fahamilah kereta saya ni Vits 2001 Sensei pakai Prius Hybrid!
Mana sama.


Peace!

SALAM MAAL HIJRAH BUAT SEMUA.
Semoga tahun ini baik untuk semua.
Dan semoga semua orang bertambah baik tahun ini.

Thursday, October 20, 2011

Impian Masjid Hiroshima

Sudah hampir.
Tapi memerlukan bantuan.
Saya baru disini setahun.
Tapi perjuangan untuk pembinaan masjid ini sudah bergenerasi lapisan *tahun belajar* hehe, pelajar muslim di sini.
Tidak sempatt mahu menulis banyak.
Jadual sangat padat sekarang. 

Cuma mahu merayu dan memohon jasa baik kawan2 sekalian. 
Mari kita dermakan sebahagian rezeki membantu mencukupkan keperluan kewangan untuk impian MASJID HIROSHIMA yang pertama insyaAllah.

Klik sini. 


















Okay! Semoga Allah berkati infaq anda sekalian.
Atau jika belum mampu, tolong like page itu dan sebarkan di blog dan wall FB masing2 ya!
Terima kasih!

Sunday, September 11, 2011

Raya 6.


Takde sedara nak diziarah. 
Jadi inilah aktivitinya.



Inilah ziarahnya, Hirata Fruit Farm, Miyoshi. About 1 hour from Higashihiroshimashi.

The grapes.
Sorang bayar 1500yen. Sekali potong saja ar... so pandai2 la pilih bunch yang besor!

Giliran saya pulak!
Besor! Dan mata yang sudah ada wrinkle. Oh NO!
Sungguh enak dimakan begitu saja! 

Fresh fruits from their farm.


Also fresh vege all for 100yen each.

Omiyage. Cute. But too expensive. 

Hari raya kan? (^-^)












Saturday, September 3, 2011

1,2.3 events in a row

2011.08.30

Lebaran pertama di bumi Hiroshima.
Berdua. Bersahaja.
Memahami konsep yang Ramadhan itu lebih indah.
Dan 1 Syawal cuma satu kemenangan.



2011.08.31

Merdeka Day. 
Trying to understand how to be a better Muslim-Malay-Malaysian.



2011.09.01


Menyedari setahun lagi saya mendekati hari kematian.

.
.
.
.
.

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.
Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh.
Ya Tuhan, 
Golongkan kami, dalam golongan kanan.
Yang sedikit dari kaum yang sekarang.
Amin.









Wednesday, August 24, 2011

Jangan apply method di lab kat dapur

Angkara tajuk di atas.
















Hehe, cedera.
Kuey belimbing baru goreng 2-3 ketul.
Pastu pandai2 celup gunting dlm air konon2 tanak kasi melekat.
Dekat lab kan celup gunting dissection dalam air.
Meletup2 la mek, minyak tu panas!!!
Hahaha.
Padahnya.
***Buat kuey lepas balik dari lab.

Terima kasih hubby Ahmad Syazni sapukan ubat gigi penuh satu badan.
Dan bawak gi spital.
Dan masak berbuka hari ni walaupun sambil mengamuk.
Saya tak boleh dekat dengan api dapur tu, panas sakit tangan.
Esok saya masaklah.
Hehe.

Keampunan di akhir Ramadhan barangkali.
Amin....

Tuesday, August 16, 2011

Lesen Memandu Jepun


Finally.
Jalannya tidak mudah untuk saya. 
Dapatkan ini.
Kiralah berapa kali.
Ketawalah sebanyak mana.
Kamu ketawakan usaha saya.
Terima kasih.
Semoga kamu merasa ketawa itu dari seseorang suatu masa nanti. 
Saya tengah kecik hati. 
Maaf.
Kerana hati saya memang rapuh.
Kerana saya bukan orang yang suka memperkecilkan usaha orang lain. 

_____________________________
Buat Ahmad Syazni.
Terima kasih.
Menemani dan bersama saya sepanjang usaha yang panjang ini.
Hikmahnya mungkin.
Tuhan mahu saya tahu.
Apapun kamu ada disisi saya.
Terima kasih.
Semoga Allah membalas kebaikan cinta hati dengan seluruh kebaikan.
Terima kasih. 
Saya mungkin tidak mampu tanpa kamu. 



Thursday, August 11, 2011

Hidup dan Jiwa

I love microscope.
I love microscope.
I love microscope.
I love microscope.
I love microscope.
I love microscope.
I love microscope.
I love microscope.
I love microscope.
I love microscope.
I love microscope.
I love microscope.
I love microscope.
I love microscope.
I love microscope.


Yes, I do.

Tiba2 saya nak tulis.
Semalam ada student di Malaysia tanya, how's Japan?
Herm.
Saya x suggest awak datang.
...........................................
To all Phd candidates out there, yang masih mencari SV.
Saya cadangkan.
Carilah SV yang Tuhannya cuma SATU.
Dan berTuhan.
Sebab orang begitu saya rasa lebih hidup jiwanya.
Mereka di sini.
Tuhannya 8 juta.
Tapi dalam jiwa tiada Tuhan.
Prinsip hidup mereka cuma untuk dunia.
Kebanyakannya kecewa dengan kehidupan.
Dan menjadikan kajian dan spesimen ni hidup mereka.
Tujuan hidup yang utama.
Dan mahu kita jadi macam dia.
Itu tidak mudah untuk dihadapi.
Tidak mudah.
Tidak mudah.

Carilah SV yang punya jiwa.
Biarpun akidahnya berbeza.
Sekurang-kurangnya mereka punya jiwa.




Monday, August 8, 2011

Ramahan Kareem di Perantauan

Alhamdulillah.
8 Ramadhan.
Masa berlalu pantas.
Dengan masa yang ada kami berdua di sini beramal semampunya.
Ramdhan ini berbeda.
Sahur seawal jam 3.
Subuh seawal jam 3.40 pagi.
Seusai subuh, harus tidur. Kalau tak terlalu mengantuk untuk rutin seterusnya di makmal.
Berbuka jam 7.10.
Jadinya hampir 16 jam ++.
Suhu musim panas, sekitar 29 - 35 degreeC.
Paling lama saya mampu kerja di lab pun sehingga jam 3 sahaja setakat ni.
Tapi Alhamdulillah, minggu pertama puasa ni banyak kerja harus dibereskan di kampus utama.
Jadi belum banyak perlu memandu siang hari ke lab.
Minggu ini bermula rutin seperti biasa.

Minggu lepas dapat arahan untuk join sampling membantu pelajar tahun 3 di pulau berhampiran.
Menelan liur saya mendengarnya.
Saya mohon pertimbangan untuk tidak turut serta memandangkan puasa.
Tak terbayang rasanya nak berpanas seharian suntuk dalam keadaan ini.
Jawapan Sensei mengecewakan pada mulanya.
Saya akur. Dalam pasrah.
Menangis di rumah sebenarnya. Entah apa-apa.
Sebab lepas sampling saya harus memancing lagi.
Ada sahabat pesan, mengadu pada Allah, insyaAllah Dia uruskan.
Saya mengadu, suami juga berdoa kuat, sedih lihat isterinya menangis mungkin.
Tiba-tiba Sensei menelefon.
Mengatakan tugasa itu sekarang jadi optional, memikirkan mungkin ia boleh menjejaskan kesihatan saya.
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Ajaibnya Ramadhan.
Jadi saya decide untuk tidak ikut ke pulau, tunggu mereka di lab.
Dan bantu untuk identification walaupun kerjanya bakal berakhir malam hari.
Sekurang-kurangnya saya rasa berterima kasih atas pertimbangan Sensei.

Terima kasih Allah atas peliharaanMu.


Kepada semua sahabat pejuang seluruh dunia.
Selamat berpuasa.
Selamat berjuang.
Yang di hemisfera utara, berjuang untuk waktu puasa yang panjang.
Yang di hemisfera selatan, berjuang dengan tuntutan perut yang lebih di musim dingin.
Yang di garis kahtulistiwa, berjuang menahan keselesaan kampung halaman.
Semuanya tidak mudah.
Tapi tidak mudah mengaku iman tanpa ujian.
Buat semua, semoga berpesta ibadah dengan penuh syukur dan mengharap.

Tuesday, July 5, 2011

Kerja2 semput

Ramadhan lagi 21 hari.
Puasa ganti ada lagi 5 hari.
Bagusnye nak berkejar2.
Cuaca yang amat panas menyengat sekarang.
Harapnya ini bukan rungutan dan keluhan.
Cuma nak tulis je sini.
Panasnya lain macam.
Rasa cam letih gila kalau gi memancing tengah panas.
Summer fatigue?
Ui.....ni baru early summer.
Puasa nanti bulan 8, betul2 tengah summer tu.
Smoga diberi kelapangan, kekuatan dan semangat!
Dah try 2 hari puasa panas2 ni, time drive mencabar betol.
Mata layu2 je rasa.
Huhu....tiba2 I wish my lab dekat dengan rumah.
40 minit drive pagi petang terasa sangat ke"letihan"nya summer ni.
Sensei takde hari ni.
Tu yang memblog ni.
Wakakaaka...

Tuesday, June 21, 2011

nak jugak

Sejak 2 minggu lepas.
Hidup yang kalut.
Jadual yang penuh.
Badan melayan tetamu.
Otak memikirkan experiment.
Semalam, otak mula signal badan yang otak dan badan dah letih.
Demam sehari. Tapi masih naik bot untuk sampling.
Balik awal.
Sensei menelepon.
Sorry Sensei, I need rest.

Dalam demam.
Melayan juga Nora Elena sampai tammat.
Haha.

Moral of the story:

TOO LITTLE THAT WE KNOW.

Jadi, jauhi sangkaan. Macam Rasul kita dah pesan.
Kalau apa2 jadi. Ambil masa untuk berfikir dan bertenang. Lapangkan dada, luaskan pilihan, jauhi sangkaan, banyakkan memilih untuk memaafkan.

Senang cakap kan? Susah nak buat la kan? At least tulis di sini untuk ingatkan diri sendiri.

Monday, June 6, 2011

tercrazy

Nora Elena.
Haha.
Dah lama tak tergila drama, tertengok, terlekat dan termarathon la pulak.

Waaaaaahh...... sort of so real. I like.
Dan disamping suami takde malam ni  menjemput family di Tokyo.
Cerita ni buat saya teringat banyak perkara.

Tentang kisah dulu.
Tentang kompleksnya cinta.
Tentang ajaibnya jodoh.
Tentang betapa masa depan itu tidak terduga.

Our marriage.
Kalau siapa2 yang tahu. Sedikit.
Amatlah ... erk... ha, really, Shida and Syazni is getting married?
Mengejutkan.
Saya sendiri terkejut, apatah lagi orang lain.
But yeah, memerhati dari cerita ni, we human, too little we know.
About ourself, lagi lah kalau pasal orang lain.
Dalam cerita ni, penulis skrip dia hebat, pengarah pun pandai.
Cerita ni tunjuk, how, dalam satu perkara kecik pasal baju encik hero tu pun, banyak yang orang2 yang terlibat dalam kisah tu tak tahu.
Betapa apa yang kita nampak dan rasa tu tak semestinya apa yang betol berlaku.
Betapa terbatasnya kuasa kita nak memahami keadaan, apatah lagi menguasai keadaan.
So moral of the story, do not jump to conclusion, do not judge.

Saya sendiri terfikir, apa sebabnya saya terima suami saya.
Sesenang itu.
Berbanding yang bertahun menunggu.
Saya takde jawapan.
Untuk soalan saya sendiri.
Saya cuma tahu.
Sehingga sekarang.
Kerana dia melamar saya untuk jadi isteri.
Bukan kekasih.
Tapi betulkah kerana itu?
I simply say okay.
Macamlah dia ajak gi lunch.

But yeah.
Jodoh tu, kuasa Tuhan yang sangat menakjubkan.
Perkahwinan kami.
Melukakan hati-hati.
Saya tau. Dia tau.
Saya mohon maaf.
Pada hati-hati yang terluka.
Saya sendiri tak boleh nak explain kenapa.
We made this decision.
Tapi saya harap... hati-hati itu akan sembuh.
Dan menjumpai jodoh yang lebih baik.

Masa saya kahwin.
The truth is, saya belum kenal suami saya.
Kenal...kenal....kenal....
Tak, saya tak kenal dia sebagai...lelaki.
Saya cuma tahu, dia pekerja yang rajin, kawan yang protective, dan sangat sayangkan keluarga.
Itu aja.
Bila kakak saya tanya, are you sure? Do you love him? Do he really love you?
Sejujurnya, dia tak pernah melafaz kata cinta sebelum melamar saya.
Saya terkedu.
Sungguh saya tak tahu.
Cuma saya yakin... entah kepada apa.
Saya cuma rasa mahu terima.
Dan dia.
Dan menerima saya seadanya.
Dia tahu kelemahan saya.
Tetapi menerimanya seadanya.

Entahlah.
Saya tak tahu. Kenapa.

Mode: Jiwang Nora Elena.

Hahaha.
Mengarut.


Yang pasti. Kini.
Andai Tuhan pisahkan kami dengan maut atau cara lain.
Saya rasa, saya tak tahu camana nak meneruskan jalan.
Saya tahu bunyinya lain.
Tapi itu hakikatnya.
Saya, sangat jatuh cinta.
Saya harap, dia juga sama.

Saturday, May 28, 2011

Maybe I was born to sail

Alhamdulillah.
Setelah 2 minggu saya pulang dengan selamat ke rumah jam 4 lebih petang semalam.
Suami menyambut dengan mesra.
Menjamu dengan tomyam yang super sedap dan ayam tandoori.
Tak sempat nak mengambil gambar, kami berdua terlalu lapar.

Alhmadulillah.
Instead of mabuk di laut, saya mabuk di darat.
Sampai tika ini masih terasa kaki berayun, masih terdengar keriuk keriyat kapal dan ombak.
Banyak yang saya ingin ceritakan.
Sampel yang dapat cuma 3 spesimen.
Tapi saya rasa Allah mahu mengajar saya erti hidup.
Belum masa bercerita.
Perlu kemas rumah dulu.

Apapun, buat semua sahabat, terima kasih doa selamatnya.
Saya gembira, di laut dan di darat.
Terasa mahu ikut lagi. Ke laut.
I just love the sea very much.

Wednesday, May 18, 2011

X Jadi cuti

Ehehe.... Nak Wat camana, dah Tu Atas kapal ni Ada Internet wireless.
Terpaksalah saya update blog ni.
Kihkih.
Sebenarnya bosan.
Banyak betol waktu senggang antara Satu station ke station sampling seterusnya.
Mungkin x bosan Kalau boleh buat kerja.
Tapi Sensei x berapa galangal student guna mikroskop di tengah2 gelombang laut ni.
Mabuk Nanti susah pulak....

Currently Sudah melepasi kepulauan Kagoshima.
Semalam kapal berlabuh di Tanegashima Port.
Sensei dengan baik hatinya ajak Sy Pegi makan Italian food dan round2 kedai cenderamata.
Lepas balik kapal kejap je Dia hilang.
Rupa2nya Dia Pegi minum2 pulak dengan kawan2 dia.
Balik Dari minum Dia cakap "sorry Norshida, I did not invite you because we are drinking."
Owh, nice.
Thank you Allah for securing me.

Solat.No problem, Alhamdulillah.
Ada nihongjin yang faham, Sensei Aida namanya, pernah bekerja di New Zealand, a geologist specializing in micropaleontology. Dia tolong saya cari arah kiblat, Sbb saya punya kompas ngeng! So, saya guna ship navigation screen ni cari arah barat timur. Alhamdulillah.

Makan. Saya diberi makan ikan Dan sayur sahaja. Dah 2 Kali menu saya Jadi "special" Sebab chef yang baik hati masak khas untuk saya. Nasib baiklah Nihongjin ni memang Suka makan ikan. So most of the time, Akan Ada menu ikan, bakar letak garam gitu je. Captain kapal takut saya lapar kot, asyik2 bagi snack, roti, ikan Dlm tin, sup miso segera. Arigatou! Alhamdulillah.

Lagi 10 hari.
Rindunya kat suami.

Sampai Saat ni masih Cuba memahami kenapa agaknya Allah takdirkan saya di sini.
Berehat dua minggu Dari kerja lab.
Hurm.....

Sunday, May 15, 2011

Sayonara



























Esok. Jam 7.30 pagi tinggalkan rumah dan suami.
Jam 9.30 pagi memulakan perjalanan dari Kure Port.
Roughly, perjalanannya seperti di atas.
Tak jauh mana. (Kot).
Pulau yang dipegi tu katanya impian semua orang Jepun.
Sub-tropika. Panas lah tu. Dah dekat2 dengan Filipina.
Sambung sikit lagi boleh sampai Malaysia kan bahagia. Hehe. (^-^).

Saya tak berapa larat minggu ini.
Jadi cuma tinggalkan suami, sup daging seperiuk besar dan ikan masak merah.
Semoga balik nanti takdelah dia dah kurus kering x pandai makan. Heh.

Camana la gamaknya setengah bulan atas kapal ni.

Hurm....

Tuhan pilih saya untuk pengalaman ni mesti ada sebabnya.
Positif2.

Daaa...
Kalau saya balik dengan selamat.
InsyaAllah adalah entry lagi 2 minggu.
Jadi dengan ini saya declare cuti blog bermula esok 16 May (eh, hari guru), hingga 27 May 2011.

P/S: Untuk semua guru2 yang tersayang, Selamat Hari Guru. Love you all. Tanpa anda semua siapalah saya.

Wednesday, May 11, 2011

Nak jadi surirumah je

Time macam ni.
Siap2 nak gi cruise.
Cuaca cam selalu hujan.
Saya takutlah.
Saya nak bertukar jadi surirumah lah kejap.
Aiya.....

Saya takut.

Terasa sendiri.
Hakikatnya mmg manusia dilahirkan sendiri kan.
Nanti mati juga sendiri.
Perjuangan hidup memang sendiri.
Mana ada orang yang boleh kongsi kisah dalam hati kamu.
Kamu mmg sendiri hakikatnya.

Friday, May 6, 2011

Congratulation Norshida.
We have good news today.
Our grant have been approved today.
3 million for 3 years.
It is your project.
I have contacted Prof.Suzuki, Tokyo University discussing when will you need to go there.
I am so happy.

-Ohstuka, May 06, 2011.

==========================

Heh, me?
Tokyo?
Hamamatsu?
Protein study?
Molecular?
At least 6 months?
Aiyak.

I was making this face ....

And said:

"Owh, Congratulation Sensei, this is a great news!!"














But the true face was and is....
















Everyone, please wish me all the best.
I know Allah plan the best for me.
And I believe He will ease me after the hardship.
I just hope I will get through this with flying colors.

Monday, April 25, 2011

Kembali berdua

Ahmad Fuad dah balik.
Sayonara Fuado-kun.
Gonna miss your accompany much2.
Pelik pulak rasanya bila masak2 untuk 2 orang je.
Pastu dah takde budak remaja main game kat tengah rumoh kecik saya
Ni dah sampai labo dengan selamatnya Alhamdulillah. Tanpa Fuad di sisi menemani.
Syukur saya dah tak takut driving.

Thank you Fuad. (^-^)
Jasamu Tuhan saja yang balas dengan rahmatNya dunia akhirat.
Semoga masa depan untuk kamu sentiasa cerah dan mudah jalannya.
Semoga Fuad banyak belajar di sini.

===============================

Jadual saya untuk beberapa minggu ke hadapan.

30 April-1/2 May. Nx week. Ke Beppu, Oita. Mengekor EncikSyazni main bola pastu mintak jalan2 onsen. Wallah!!!

3-5 May. Golden week. Cuti. Tak ke mana2 kot. Maybe datang lab habiskan melukis.

15-26 May. Yang ni ngeri sikit. RESEARCH CRUISE ke Okinawa. Nervous.

6 Jun. Family-in-law akan tiba dari Malaysia. Sehingga 19 Jun. Sehingga 10 Jun EncikSyazni ada TA works, so tak dapat lah nak bawa family ke mana2 yang jauh. Harapnya pada minggu tu saya tak sibuk sangat dan takde keje yang ada deadline supaya boleh la memberi layanan terbaik untuk tetamu2 yang datang dari jauh ni.

Tu je.

===
Melukis copepod ni cabaran betul lah.
Kalau melukis sepanjang hari.
Balik petang badan dah letih giler.
Lepas light dinner sbb dah tak lalu nak makan, solat tidor.
Tu lah rutinnya.
Camana agaknya KakHuda and Dr.Zaleha boleh lukis berekor2  tu. Haih.....
Ganbarimas Norshida-san!
===========

Tuesday, April 12, 2011

....blank

Nak tukar blog title.
Tengah pikir.

Dapat berita menguji ketahanan diri menenangkan jiwa berlapang dada.
Semoga okay2 sahaja saya ini.

Norshida-san, daijoubuyou.....

Friday, April 8, 2011

Yang ditunggu sampai juga.

Tada.....

Pertama kali, order dari Amazon.
Seronok sangat!
Semoga bermanfaat ketiga-tiganya.
Saya sangat gembira!

Sunday, April 3, 2011

It's spring!!!


Suke hati.
Dah tak perlu pakai berbundle2 pakaian dan inner dan stokin tebal segala.
I like.
Terasa sangat memahami perasaan tebuan, lebah dan belalang yang overwinter. (^-^)
Alhamdulillah.




Terasa dah gumuk penangan x exercise langsung winter baru ni, makan banyak pulak tu.
Jadi azam saya mulai 1 April 2011.

>..tut..tut...<
Adalah beberapa. Semoga diberikan peluang ditambah kerajinan, diperkuat keikhlasan mencapainya.

Alhamdulillah, kedatangan Fuad ke sini benar-benar membantu saya memupuk keberanian dan kemahiran memandu kereta.
2 hari lepas, Jumaat 1 April 2011, saya sudah berjaya memandu sendirian ke Takehara.
Praised be to Allah.

Ni Ahmad Fuad. The lucky boy of Ismail's family.
Anak kedua bongsu.
Sudah tidak merasai kepayahan hidup seperti kakak-kakaknya tetapi masih tahu erti berbudi.
Sangat berterus-terang tak suka sembunyi.
Kedatangannya ke Jepun saya kira hantaran Allah.
Melihat tingkahnya seperti melihat diri sendiri.
Jadi yang mana silap saya perbaiki.
Yang mana baik dari dirinya saya jadikan inspirasi.
Rupanya tak mudah bila sudah lama sendirian sentiasa jauh dari keluarga, hanya berjumpa sekali-sekala.
Tinggal sekali juga ada cabarannya.
Saya baru tahu susahnya kakak-kakak saya cuba memahami dan menangani tingkah saya sewaktu sebaya dengan adik ini dahulu.
Kepada Fuad, terima kasih sudi terbang menghabiskan waktu yang banyak membosankan menemani kakak yang banyak kelemahan ini di bumi indah matahari terbit ini. Terima kasih sanggup mengharungi kesejukan winter di Jepun yang memurungkan hati. Terima kasih sudi menyabung nyawa setia setiap hari menemani pemandu lembab ini. Terima kasih membantu urusan rumah yang sepertinya ada anak empat sedangkan satu pun belum berjaya saya dan suami beroleh kurnia. Terima kasih segalanya.
Fuad datang musim sejuk, jadi agak terbatas untuk ke mana-mana. Bila suhu sudah agak okay, tiba-tiba ada gempa bumi dan krisis nuklear. Saya agak risau untuk membawa Fuad ke tempat jauh-jauh jadinya. Kesian dia.

Masih bersisa 20 hari Fuad di Jepun, semoga hari-hari terakhir ini saya ada masa, upaya dan ruang untuk buat kamu pulang membawa kenangan indah, dengan sakura, rusa, arnab, ikan dan apa lagi ya? Dia mahu ke Golden Palace, Kyoto. Juga shinkansen. Semoga ada kesempatan untuknya.

Keluarga mertua akan datang bulan Jun ini. (^-^).
Jadi sudah boleh mula uruskan urusan visa mereka.
Dan list barang2 pesanan.
Aduh...bestnya.... Semoga saya masih berpeluang sihat dan bernyawa untuk menggembirakan mereka.

Akhir-akhir ini banyak saya berfikir.Betapa saya ini hidup sukar sekali memberi dan menyumbang. Sedangkan setiap nafas saya juga Tuhan beri percuma. Jadi, semoga hari mendatang, saya lebih cekap mengasuh diri menjadi seorang yang pemberi. Isteri yang memberi. Kakak yang memberi. Anak murid yang memberi. Anak yang memberi. Menantu yang memberi. Muslimah yang memberi.

Petikan kata-kata Saiful Islam, Erti Hidup Pada Memberi.

Friday, March 18, 2011

Rain

I do not know whether my jugdement is true or not
But Japan and TEPCO now having much problem to cool down the nuclear power plant
They tried all methods they can think about
You name it
But very limited succeed

I do think....
What Japan need now is
Rahmat Allah dalam bentuk HUJAN
Hujan yang banyak

Semalam, saya berdoa

Ya Rabbi, saya sangat negatif sejak musibah ini melanda Jepun
Tolong singkapkan untuk saya
Kebaikan di sebalik musibah ini
Biar jiwa yang rapuh ini
Berkuat dan sentiasa bersyukur

Hari ini bangun tidur saya terfikir
Salji dan cuaca sejuk sejak hari tsunami itu
Sebenarnya membantu nuclear power plant itu menyejuk
Cuba bayangkan jika musibah ini ditambah dengan suhu persekitaran yang panas?
Dan semalam juga ada berita mengatakan
Mayat2 mangsa tsunami telah ada yang dipindahkan ke gimnasium sekolah berdekatan kawasan musibah
Dan cuaca sejuk ini membantu memperlahankan mayat dari busuk dan reput

Subhanallah....

Krisis nuklear ini
Krisis sejagat
Jika memang hujan yang Jepun perlukan sekarang Ya Rabb
Turunkanlah rahmatMu
Turunkanlah rahmatMu
Turunkanlah rahmatMu

Thursday, March 17, 2011

A Nuclear Reactor Explained by Poop and Farts



Just would like to share this from Youtube.
It is a good way to keep positive-no panic-less scare mind.

Yesterday evening, we went for shopping groceries and ready to eat food as senpai said better to prepare some food stock in case of ada perintah berkurung. Selama ni kami kurang membeli biskut or sardine or tuna sebab takde budak kan, kami berdua plus Fuad cuma makan yang basic. Nasi, roti.

Banyak rak makanan segera, air dan beras dah lengang. Kosong x kosong cuma. Menunjukkan Nihong-jin di  Hiroshima ni pun sedang menyediakan stok masing-masing.
Masing-masing, saya dan hubby, kakYus dan Yoe, terdiam.
Cuba bertenang jugak.

Setakat ni kami mengikuti perkembangan di Aljazeera Liveblog Japan Disaster.
The doctors are trying their best to make Nuclear Boy feels cooler and better.
So to all Doctors involve there in Fukushima, GANBARRE! 
Semoga Allah mempermudahkan dan memberkati usaha murni mereka.
Tiada bandingan pengorbanan mereka.

To all families and friends out there in Malaysia and all over the world, keep praying.
Dan bersyukurlah dengan kurniaan kehidupan yang selesa di mana pun kalian berada.

Wednesday, March 16, 2011

Sampling off Takehara

Kondo-kun: Moshi2.
Shida-san: Hait, moshi2.

Kondo-kun:
Norshida-san, monthly sampling off Takehara will be held this Friday, March 18 at 10 am.


Shida-san: .....erk...is it safe?
Kondo-kun: ....erk...yes, it will be safe.

Shida-san: O..okay. See you.
Kondo-kun: Okay. Ja!

Erk..

Dengan nama Allah, aku bertawakal kepadaMu.

This is apart of my job here.
Apart of my Jihad.

More Explosion

Latest update from NHK news this morning.

Explosion at Daichii No.4

Weather Forecast report kata Cold Air akan menyelubungi seluruh Jepun sehingga akhir minggu ini.
Patutlah saya nampak jerebu semalam di Takehara.
Rupa2nya bukan jerebu, itu udara sejuk yang "frost". Ntah, tak faham sangat.

And this morning, its snowing. Till now.
I decided I am not going to the lab today. Due to the snow. And radiation alert yang buat semua students especially "alien" cuak.
Semalam kami dinasihatkan menyiapkan diri, untuk sebarang kemungkinan.

Semalam jugak, ada gegaran atau dalam bahasa Jepun = Jishin. Menggegarkan Shizuoka, berskala 6.4 skala Ritcher. That is the Tokai area. Kawasan yang mana Jepun menyediakan negara dan rakyatnya untuk satu jangkaan Gempa Bumi Besar. Kali terakhir gempa bumi besar berlaku di kawasan Tokai ini adalah pada tahun 1854. Jadi satu teori mengatakan mereka menjangka kawasan tersebut menyimpan tenaga yang sangat besar dan boleh "menggempa" bila-bila masa.
Now....its slowly sending the message and warning.

Hanya pada Allah tempat berlindung dan berharap.

Tuesday, March 15, 2011

Hakikatnya

Walaupun saya cuba bertenang
Saya memang cuak
Say tahu saya cuak
Bila saya asyik2 tengok alert earthquake and tsunami selang seminit
Bila saya asyik cek semua alert latest news on the nuclear plant explosion and radiation risk
Bila saya tak boleh pun nak start analisis data yang Sensei mahu ni
Saya sebenarnya sedang cuak GILER!!!!!



















Latest news about the nuclear plant:



Penduduk 3km radius dah dipindahkan.
Penduduk sekitar 20km radius diarahkan duduk diam2 dalam rumah.
Terfikir pulak, camana ye agaknya risiko yang ditanggung pekerja2 yang bertungkus-lumus membetulkan sistem nuclear plant ni?

Semoga semua dalam lindungan Allah.

Takehara, jerebu hari ini,
Dan jalannya lengang.
Mungkin semua orang pun masih berkabung dan bersedih.

Semoga keadaan bertambah baik.

Mententeramkan diri sendiri

Hi friends, just keep myself updated with the situation.
Also, to inform my families in Malaysia the condition here. 

Kat bawah ni adalah kawasan yang mengalami gegaran dan gegaran susulan selepas gempa skala 9.0 Jumaat lepas , 2011, March 11.
Dan dalam kotak coklat tu adalah kedudukan kami di Jepun.

 


Kat bawah ni pulak ialah zoom kawasan kami tinggal, (A)Hiroshima University International House dan (B) Takehara Marine Science Station, lab saya di insyaAllah sepanjang 3 tahun pengajian di sini.
 Jalan yang dihighlight biru tu adalah jalan yang pemandu baru yang terhegeh-hegeh bawak kereta (nasib baik auto) ni lalu sehari-hari pergi dan balik untuk buat ekperimen demi ilmu penyakit ikan ni, semoga berguna ilmu ini untuk diri sendiri dan rakyat Malaysia dan ummat Islam. Jaraknya tak jauh tak dekat, 21.0 km x 2 kali sehari. 





Lab saya yang permai. Letaknya betul2 tepi laut, dibatasi benteng pemecah ombak.
There you go, muke poyo bila dah penat dissect ikan.

Semalam risau jugak.
Tapi bila kaji2 peta.
Cuba tenteramkan diri sendiri.
Depan Takehara ni, banyak sangat pulau2 kecik bertaburan, InsyaAllah, kalaupun ada lagi gegaran tengah laut berdekatan sini, kesannya mungkin kurang sedikit.
View Larger Map


View Larger Map


Jadi hari ini masih lagi tak semangat nak dissect ikan2 4 kotak kat bawah sana, cuma datang lab tengok laut untuk pulihkan semangat. Cakap2 dengan Nihongjin so that I will hear they say...
Norshida-san, 大丈夫です(daijouboudesu).


==============================================
Nihong-jin, I have to say, they are very calm and strong.
Dalam situasi begini, sedangkan saya sendiri asyik risaukan keselamatan diri dan keluarga.
Tapi mereka sangat membantu sesama komuniti.
It is so sad also, that the fact is nothing much I can do to help.
Keep praying for Japan.
=========================================


Monday, March 14, 2011

Bersediakah....

For the first time.
Terasa benar-benar tidak yakin.
Masihkah ada esok.

Hari ini, saya tidak ke lab.
Risau.
Lab betul2 di sebelah laut.
Andai ada tsunami.
Saya sendiri tidak pasti ke mana mahu pergi.
Hari ini juga masih risau.
Gegaran susulan dijangka berterusan.
Hari ini juga sebenarnya ada gegaran tahap 1 di Hiroshima.
Gegaran kecil cuma.
Tak terasa pun kerana tak tahu.
Cuma tahu dari senpai.

Esok terasa masih lagi takut dan risau.
Terasa mahu sentiasa dekat dengan suami.
Terasa andainya ini hari terakhir.
Saya mahu di sisi kamu.

Namun, teringat pesan seorang sahabat.
Buat apapun, lakukan tugas kamu bersungguh-sungguh.
Kerana mungkin kamu tiada esok.

Merenung kembali.
Kenapa saya di sini?
Di bumi matahari terbit yang penuh risiko ini?
Saya ke sini untuk ilmu.
Saya diberi kelebihan berbagai untuk title "pelajar" yang saya pegang.
Dengan itu.
Esok.
Biar apapun.
Saya harus berani.
Saya harus bekerja dengan semangat.
Kerana saya yakin.
Apapun terjadi.
Allah sudah menetapkannya.
Apapun terjadi Allah pasti menjaga saya dalam jagaanNya.

Buat semua sahabat, guru, keluarga, khasnya ibu dan bapa tercinta, ibu dan bapa mertua tersayang.
Andai saya tidak ditakdirkan bertemu kalian lagi di Malaysia.
Mohon dimaafkan segala kesilapan dan kekasaran.
Mohon dihalalkan makanan dan minuman.

Semoga saya seberani dan setabah penduduk Jepun.
Menghadapi bencana ini.

Saturday, March 12, 2011

Alzalzalah


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, 
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? 
Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya.
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

======================================================================

Gempa bumi di bumi Jepun. 
8.9 skala Ritcher.
Tsunami.
Kecemasan di loji nuklear. 
==============================================================
Kami di Hiroshima masih belum terasa kesannya.  
Namun ada sahabat-sahabat bersama keluarga yang melawat Tokyo mengalami gegarannya.
Semoga semua Muslim dan sahabat dalam keadaan yang selamat sejahtera.
Belum pasti jika ia sudah berakhir di sini. 
Kami masih berjaga2 untuk gegaran susulan, yang siapa tahu.
Kebetulan saya tidak ke makmal yang di pinggir Seto Inland Sea semalam.
Jadi tidak saya ketahui camana ombak dan badai di labo kami semalam.
==========================================================
Ini peringatan.
Untuk saya.
Untuk kami.
Untuk kita.
Kita merancang yang indah-indah.
Kadang terleka dalam perancangan sendiri
Berharap semuanya akan berlaku seperti diimpi.
Gegaran ini. Tsunami ini.
Buat saya terpaku.
Tersedar.
Belum pasti saat akan datang mungkin...
Bukan untuk kita.
Sedangkan seminit lagi belum pasti, apatah lagi esok, apatah lagi 3 tahun lagi.
=================================================
Usai kehidupan bermula di bumi matahari terbit ini.
Fokus saya kepada kerja PhD dan juga meneroka sepelusuk bumi asing ini.
Banyak saya terleka.
Pada nawaitu asal, kembara saya ini untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.
Ilmu yang saya cari kerana Allah sukakan manusia berilmu. 
Kembara saya ini sebahagian dakwah akhlak bergerak. 
Banyak saya terleka.
Dengan selesanya hidup di sini.
Dengan keseronokan meneroka perkara baru di sini.
=====================================
Zalzalah ini.
Teguran Tuhan.
Peringatan Tuhan.
Sunnah alam yang bertindak atas arahanNya. 
Semoga gegaran ini.
Menyentuh jiwa-jiwa rapuh Muslim dan bukan Muslim di Jepun.
Untuk berfikir sejenak.
Merenung kembali hakikat penciptaan dan tujuan hidup.
Semoga tsunami ini.
Menjadi pembuka jalan terang untuk hidup berTuhan.
Untuk saya.
Untuk kami.
Untuk semua. 
===================================================
Esok belum pasti.
Erti hidup pada memberi.
Saya harus mencari.
Jalan untuk membantu yang susah.
Jalan untuk dakwah.
Mungkin ini masanya.
=================================================

Kepada semua sahabat dan keluarga.
Terima kasih ambil berat dan doa kalian.
Saat ini baru saya ketahui siapa sahabat siapa kawan siapa kenalan.

Wednesday, March 9, 2011

I am now a driver

Malas la pulak nak upload gambar.

Okay.
Saya sudah berani drive sendiri.
Terima kasih kepada Ahmad Fuad kerani sudi temankan this "clumsy" driver.
Tengahari ini sudah berani ke shopping park.hehe.
Dan saje je buat keje sampai malam sbb nak belajar bawak keter malam.
Alhamdulillah.
Selamat sampai.
Dan sudah boleh masuk parking bontot, walaupun 2-3 kali betolkan. haha.
Saya kena buat betol2 supaya dapat lepas test lesen jepun yang muzokashi ini!

Situasi ni, membuatkan saya terfikir...
Tuhan pasti menjawab doa...
Cuma masanya, tempatnya, keadaannya, Dia yang tentukan..
Saya berdoa, untuk boleh bawa kereta sendiri, sejak 2 tahun lepas.
Sejak saya berusaha nak dapatkan lesen.Kihkih.
Tapi sy mmg sangat nervous orangnya.
Kat sini pun, sbenarnya bukannya saya tiba2 jadi pandai.
Cuma, saya tak takut sangat, dan alhamdulillah, had laju sini kan cuma 50-60 km/j.
Jadi sesuailah dengan pemandu baru cam saya ni.

Syukur...
Banyak kan doa untuk diri sendiri kita panjatkan pada Allah setiap hari, usai solat...
Terasa amat mementingkan diri.
Sedangkan sumbangan saya pada agamaNya kecil cuma. Kecil atau tiada?

Wednesday, March 2, 2011

sudah ditetapkan....

17 - 26 May 2010.
If I am still alive.
This activity has been fixed for me.

Research cruise











From...

















To....















Encik Hubby...macam tak minat je nak ikut...
2 minggu kan...dia pun ada keje dia nak buat...
Takmo saya membayangkan kepenatan ketakutan dan yang buruk2.
Saya cuma mau bayangkan setelah menempuh ombak badai insya Allah...saya akan....












Isn't that awesome?
(^-^)

It's the official beginning

Semalam.
Entrance Exam for Graduate School.
So-so.
Sejak bila saya ada penyakit nervous saya rasa tak prepare walaupun dah prepare berminggu-minggu pun tak tahu.
Cuma.
Mungkin memikirkan.
Committe saya.
Orangnya sangat tahu bidang ini.
Patutnya saya take advantage.
Tapi semalam tak sempat pikir begitu.
Apapun.
Dah lepas.
Alhamdulillah.

Pengajaran dari semalam.

To be a good scientist; "Works around problems."

Friday, February 25, 2011

Library Girl (original song)


Kalau saya jumpa lagu ni masa minat kat hubby dulu, mesti saya dedicate kat dia.
Hehe.
Tapi sekarang pun rasa nak mengorat hubby.
Jadi, Mr.Hubby, this song is dedicated special for you.

Love u.

Thank you for loving me.


Saturday, February 19, 2011

why i am doing this...

Confuse

Saya mahu ke sini.


Training Workshop on Morphology and Systematics of Copepods
Chetumal, Quintana Roo, Mexico (04 – 08 July 2011)

Tapi Sensei cakap, tak cukup funding untuk saya.
Kalau mahu spend duit sendiri.
The cheapest flight ialah 2141USD. 
Bagaimana?

Takpelah.
Saya hantar application dulu.
Kalau diterima baru fikirkan hal kewangan.
Saya serahkan pada Allah untuk tentukan.
Jika hal ini baik untuk saya, agama saya, masa depan saya, maka insyaAllah dipermudahkan.

Monday, February 14, 2011

CheeseCake Cadore


Oishiiiii(^-^)
Dan InsyaAllah halal.
Its a plain cream cheese cake.
Cost me 750yen for 5 petite cakes in yellow box.
Its from Uenohara Farm Cadore. Fukutomicho area. 
I briefly asked the chef the ingredients.
They used fresh butter from their farm, no lard and emulsifier. 
They use two types of cheese, camembert cheese and cream cheese.
So, since I do not really want to take rennet in my diet.
I chose cream cheese cake. 
And, alhamdulillah, its really2 yummy!
Also bought Custard Cream Puff but tak sempat nak snap dah hilang!
Also melahap 1 bottle of fresh milk and 2 scoops of fresh Gelato@Soft Ice Cream.
Jadinye......
Burp!!!! Very full!





ia tak mau berhenti

Salji.
Di luar.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dan saya.
Tak pegi lab.
Alasan.
Salji.
Taku nak drive.
Haha.

Monday, February 7, 2011

no luck

Spending 4 hours fishing and got only 2 samples. It;s not good.
For your time, research and MOOD!
Still have about 2 hours before hubby take me home.
But really feel... takde mood sangat2 nak start jiken penat2 sejuk2 ni!

New box of Kawahagi already arrived from Ehime this morning.
Means, more works.
Yeah, its PhD and it will be not easy. Dot.

Luckily, Fuad is here to help and to talk to.
Takla sorang2 merayu laut mendatangkan fugu untuk saya pancing.
Thanks God for your great plan for me.


Ke kusafugu ni pom jepun makan eh?
Banyak je nampak fugu tapi yang dah takde kulit kat mall. Mana lah nak tau itu fugu apa.
Sebenarnya dapat fugu. Tapi higan-fugu. Which is more poisonous. But not my target now!!!!


Tuhan, 
Saya telah buat pengakuan.
Saya tahu saya sedang buat kesalahan.
Tolong saya kali ini.
Saya janji takkan ulangi silap ini.
Tolong saya dapatkan lagi 18 ekor fugu esok! 

Wednesday, February 2, 2011

i wish

I wish, I have KakZana's brain.
I wish, I am good in statistic.

Dah takde bateri.
Kena tido.
Esok sambung.
Otak dah berselirat.
Semoga esok otak saya jadi pandai statistik.

Thursday, January 27, 2011

Sensei bilang

.....
Plan dia untuk saya tahun ini.

Next week: Present prelimenary result of P.fugu 1 month observation.

March 1: Entrance Exam.
Then start the jiken on Physiological Study of P.fugu.

May: Join the research class. 1 week. Here, berumah di Takehara with Nihong students.

June: Kalau approve, ke Hamamatsu, Tokyo University Aquatic Laboratory, for the attractant study. Duration? Depends on the work.

August: Research Cruise ke OKINAWA ISLAND. Haruskah saya excited atau nervous atau sepatutnya gusar?

Setakat itu dahulu.

Jadi.
Apakah harus saya fikirkan sekarang agaknya?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Takyah fikir apa2lah.
Just go with the flow.
Let Allah play His role and you Shida! Berlapang dada saja.
Don't worry be happy.

Tuesday, January 25, 2011

Nasi tak habis

Cam sejarah je.
Kali terakhir saya tak lalu makan ialah.
Mac 2002.
Semasa orientasi Kolej Teras Timur.
Kerana kami bangun seawal jam 5, berkawad, berlari di pantai.
Masa itu.
Saya tahu saya aaamat penat.

Hari ini.
Saya tak tahu pun kalau2 saya penat.
Saya tak penat pun.
Not physically.

Baguslah.
Boleh turun berat.
Tapi baguskah?
Andainya badan saya mahu memberitahu saya sesuatu?

Saturday, January 22, 2011

Cinta hati yang harus disyukuri

Facebook memberi kita peluang mengikuti perkembangan kawan-kawan kita yang dekat dan jauh.
Dan dalam banyak masa, kita semua pun cenderung untuk meluahkan rasa, mempamerkan apa yang tersurat dan tersurat dalam hati dan minda di ruangan "update status Facebook".
Dalam satu siri CSI the detectives said we who update our status at Facebook or another social network website are not understand the meaning of privacy.
In one perspective, maybe yes.
In another view, human tends to shout out what they feel and feel some kind of relief when they got good, supportive feedback/comments from friends who care.

Mengikuti perkembangan kawan-kawan.
Terasa saya harus amat bersyukur dan rasa cukup seadanya dengan apa yang saya ada sekarang.
Mereka di luar sana.
Terutama yang umur lingkungan saya.
Dan ada yang lebih berusia.
Terutamanya kawan-kawan sejantina.
Ramai lagi yang jika kita mengikuti kronologi statusnya.
Sangat menggambarkan betapa mereka mendambakan hadirnya seseorang yang kita panggil teman hidup.
Dan lebih sayu apabila status mereka dipersendakan secara langsung atau tak langsung.

Saya.
Syukur.
Dikurniakan cinta hati.
Yang amat baik.
Menghargai kekurangan saya sebagai kelebihannya.
Memberi bahu buat sandaran ampuh bila saya kesusahan.
Sanggup bersusah demi kemudahan saya yang banyak kelemahan.
Memberi tanpa meminta.
Menjadikan apa yang dalam mindanya juga pengetahuan saya.
Sabar menghadapi dunia bersama saya.
Syukur.

Kadang-kadang tekanan dari kiri dan kanan tentang persoalan anak,
menggoyahkan kesyukuran tentang cinta hati ini.
Tapi semoga dengan iman yang sentiasa ada pasang surut ini,
buat diri sentiasa tahu,
cukuplah seadanya apa yang kamu perolehi sudah melebihi dari apa yang kamu layak,
Dia akan memberi apabila Dia mahu,
Maka semoga hati ini,
Beramal dengan syukur bukan sekadar pada kata-kata,
Tapi dari perilaku dan perbuatan.


Terima kasih ya Rabb atas cinta ini.
Saya tahu saya banyak meminta.
Terima kasih atas cinta ini.

Friday, January 21, 2011

I am a stalker.


I am her big fan now. 
Nak baby cantik macam ni boleh? 
Provided baby girl la(^-^).
She is so so so gorgeous.

Wednesday, January 19, 2011

Am still alive

Trying not to think about stressing problem.

Todays entry is about:

Optional food in Japan.

Kadang-kadang bosan makan di rumah.
Terasa nak makan di restoran.
So, to be at the safe side.
I search for vegetarian restaurant.

Wah.
Rupa-rupanya ada dekat2 sini.
CountryGrain Bakery.










Wiiiiii....bila dah namanya vegetarian, boleh dikatakan most of the product InsyaAllah halal, except apa2 yang kita rasa dalamnya ada sake, arak. Tapi bila dibrowse2, most of the roti takde alkohol.

Rasanya option yang baik untuk next Monday.

Dan jalan-jalan cari makan lagi di internet.
Ini dia ...

Vegan Club Japan

It it vegan club. Dan banyak link ke restaurant dan cafe dan online shop for vegetarian food.
Satu yang menarik.

Karuna Vege Shop

Boleh beli miso organik, tofu and margarine yang InsyaAllah halal lepas ni.
Kadang-kadang kagum jugak dengan vegetarian, mereka lagi strict menjaga bab2 makan ni berbanding segelintir muslim. Sedangkan mereka jadi vege atas pilihan, sedangkan kita amalkan halal kerana agama.

Hurm, apa-apapun, saya tak berniat pun nak jadi vegan.
Tuhan kata, makanlah apa yang baik dan halal, maka selagi halal, insyaAllah saya makan saja.
(^-^).