Monday, August 8, 2011

Ramahan Kareem di Perantauan

Alhamdulillah.
8 Ramadhan.
Masa berlalu pantas.
Dengan masa yang ada kami berdua di sini beramal semampunya.
Ramdhan ini berbeda.
Sahur seawal jam 3.
Subuh seawal jam 3.40 pagi.
Seusai subuh, harus tidur. Kalau tak terlalu mengantuk untuk rutin seterusnya di makmal.
Berbuka jam 7.10.
Jadinya hampir 16 jam ++.
Suhu musim panas, sekitar 29 - 35 degreeC.
Paling lama saya mampu kerja di lab pun sehingga jam 3 sahaja setakat ni.
Tapi Alhamdulillah, minggu pertama puasa ni banyak kerja harus dibereskan di kampus utama.
Jadi belum banyak perlu memandu siang hari ke lab.
Minggu ini bermula rutin seperti biasa.

Minggu lepas dapat arahan untuk join sampling membantu pelajar tahun 3 di pulau berhampiran.
Menelan liur saya mendengarnya.
Saya mohon pertimbangan untuk tidak turut serta memandangkan puasa.
Tak terbayang rasanya nak berpanas seharian suntuk dalam keadaan ini.
Jawapan Sensei mengecewakan pada mulanya.
Saya akur. Dalam pasrah.
Menangis di rumah sebenarnya. Entah apa-apa.
Sebab lepas sampling saya harus memancing lagi.
Ada sahabat pesan, mengadu pada Allah, insyaAllah Dia uruskan.
Saya mengadu, suami juga berdoa kuat, sedih lihat isterinya menangis mungkin.
Tiba-tiba Sensei menelefon.
Mengatakan tugasa itu sekarang jadi optional, memikirkan mungkin ia boleh menjejaskan kesihatan saya.
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Ajaibnya Ramadhan.
Jadi saya decide untuk tidak ikut ke pulau, tunggu mereka di lab.
Dan bantu untuk identification walaupun kerjanya bakal berakhir malam hari.
Sekurang-kurangnya saya rasa berterima kasih atas pertimbangan Sensei.

Terima kasih Allah atas peliharaanMu.


Kepada semua sahabat pejuang seluruh dunia.
Selamat berpuasa.
Selamat berjuang.
Yang di hemisfera utara, berjuang untuk waktu puasa yang panjang.
Yang di hemisfera selatan, berjuang dengan tuntutan perut yang lebih di musim dingin.
Yang di garis kahtulistiwa, berjuang menahan keselesaan kampung halaman.
Semuanya tidak mudah.
Tapi tidak mudah mengaku iman tanpa ujian.
Buat semua, semoga berpesta ibadah dengan penuh syukur dan mengharap.

2 comments:

  1. wa... lamanya puasa. Yes sister, i do believe miracles do happen and ramadhan mmg ajaib kan?

    ReplyDelete
  2. Huhu, belum lama berbanding dengan sahabat2 di UK...18 jam. Yup, sama2 kita mengharap keajaiban Ramadhan untuk apa yang kita impikan.

    ReplyDelete