Monday, September 27, 2010

Halal ke haram ke?

Alhamdulillah sudah tiba di tempat baru.
Masih cuba biasakan diri.
Mungkin tak banyak beza kerana masih di Asia.
Hal paling merisaukan saat ini. Ialah soal makan.
Pandangan berbeza dari situasi di Malaysia.
Jadi saya harus cuba cari banyak pandangan bijak pandai agama sebelum menetapkan pendirian untuk uruskan soal ini selama 3 tahun mendatang di bumi Hiroshima ni.

Setakat carian saya yang kurang ilmu ini:

http://makanansembelihan.blogspot.com/2010/01/syak-status-halal-sesuatu-makanan.html#more
http://makanansembelihan.blogspot.com/2010/01/hukum-makan-minum-di-luar-negara.html

Thursday, September 9, 2010

Post emo....

Dah sangat lama tak menulis apa2.
Sibuk sket.
Nak raya dan ....nak berhijarah demi ilmu.
Esok raya sudah, today last day berpuasa.
Tahun ini, ada cuti. Alhamdulillah. Saya belajar ... buat:
Kuih dahlia yg kuning siyor terlebih kastad.
Kukis debok adik yang yummy.
Konflek hani yg lain.
Kukis prun yg gulanye tak hancur.
Tat prancis yg keras skit so kena terap.
Kukis kanada (balsam) yg best .....
Kek chiffon.
Kuih belimbing yg hubby panggil kuih bintang. Senang sangat meh....

Kenapa belajar buat semua tu?
Sbb that is the best way to get close and spend precious left time before I fly to Japan this Sept. Ramadhan depan, saya pun tak tahu masih panjang umur atau tidak. Lagipun, kalau takleh balik tahun depan, senang skit buat sendiri. Huhu.

Tiket dah confirm.
Di sana alhamdulillah akan ada family yang baik hati tumpangkan kami seminggu.
SV, sudah beritahu yang awal Nov akan ada sampling.
I do not know if I already prepared mentally, but just have to redah it.
Semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat.
And I keep reminding myself that this journey and perjuangan is not for myself. It has to be because of God. I want to learn more, and become a better person because I want to be a better slave of Allah. Yang akan pulang dengan ilmu dan akan beri manfaat kepada orang di Malaysia.
Melihat perjalanan sahabat2 di UDM, ops, now UnisZa. I have to say that, tak mudah untuk sampai ke sini, kalau bukan dengan pertolongan Allah, kalau bukan dengan keizinan Allah.
Sometime,bila terasa malas dan nak jadi surirumah, I keep reminding myself, God chose you for reasons. Yang hanya Dia tahu. Maha Suci Allah.
My job now and 4 years onwards is buat perkara ini bersungguh.
Teringat kata Linda Onn... Tak kisahlah apa destinasinya yang penting apa yang kita pelajari sepanjang perjalanan menuju destinasi.
Tapi, tetap berdoa untuk yang terbaik. Semoga tercapai matlamatnya.

Esok raya. Ramadhan dah tinggalkan kita. Tapi rasa sedih plak, amalan makin berkurang bila hari2 makin sibuk. Semoga ketemu Ramadhan tahun hadapan dan berupaya menjadikannya lebih baik.