Sunday, April 3, 2011

It's spring!!!


Suke hati.
Dah tak perlu pakai berbundle2 pakaian dan inner dan stokin tebal segala.
I like.
Terasa sangat memahami perasaan tebuan, lebah dan belalang yang overwinter. (^-^)
Alhamdulillah.




Terasa dah gumuk penangan x exercise langsung winter baru ni, makan banyak pulak tu.
Jadi azam saya mulai 1 April 2011.

>..tut..tut...<
Adalah beberapa. Semoga diberikan peluang ditambah kerajinan, diperkuat keikhlasan mencapainya.

Alhamdulillah, kedatangan Fuad ke sini benar-benar membantu saya memupuk keberanian dan kemahiran memandu kereta.
2 hari lepas, Jumaat 1 April 2011, saya sudah berjaya memandu sendirian ke Takehara.
Praised be to Allah.

Ni Ahmad Fuad. The lucky boy of Ismail's family.
Anak kedua bongsu.
Sudah tidak merasai kepayahan hidup seperti kakak-kakaknya tetapi masih tahu erti berbudi.
Sangat berterus-terang tak suka sembunyi.
Kedatangannya ke Jepun saya kira hantaran Allah.
Melihat tingkahnya seperti melihat diri sendiri.
Jadi yang mana silap saya perbaiki.
Yang mana baik dari dirinya saya jadikan inspirasi.
Rupanya tak mudah bila sudah lama sendirian sentiasa jauh dari keluarga, hanya berjumpa sekali-sekala.
Tinggal sekali juga ada cabarannya.
Saya baru tahu susahnya kakak-kakak saya cuba memahami dan menangani tingkah saya sewaktu sebaya dengan adik ini dahulu.
Kepada Fuad, terima kasih sudi terbang menghabiskan waktu yang banyak membosankan menemani kakak yang banyak kelemahan ini di bumi indah matahari terbit ini. Terima kasih sanggup mengharungi kesejukan winter di Jepun yang memurungkan hati. Terima kasih sudi menyabung nyawa setia setiap hari menemani pemandu lembab ini. Terima kasih membantu urusan rumah yang sepertinya ada anak empat sedangkan satu pun belum berjaya saya dan suami beroleh kurnia. Terima kasih segalanya.
Fuad datang musim sejuk, jadi agak terbatas untuk ke mana-mana. Bila suhu sudah agak okay, tiba-tiba ada gempa bumi dan krisis nuklear. Saya agak risau untuk membawa Fuad ke tempat jauh-jauh jadinya. Kesian dia.

Masih bersisa 20 hari Fuad di Jepun, semoga hari-hari terakhir ini saya ada masa, upaya dan ruang untuk buat kamu pulang membawa kenangan indah, dengan sakura, rusa, arnab, ikan dan apa lagi ya? Dia mahu ke Golden Palace, Kyoto. Juga shinkansen. Semoga ada kesempatan untuknya.

Keluarga mertua akan datang bulan Jun ini. (^-^).
Jadi sudah boleh mula uruskan urusan visa mereka.
Dan list barang2 pesanan.
Aduh...bestnya.... Semoga saya masih berpeluang sihat dan bernyawa untuk menggembirakan mereka.

Akhir-akhir ini banyak saya berfikir.Betapa saya ini hidup sukar sekali memberi dan menyumbang. Sedangkan setiap nafas saya juga Tuhan beri percuma. Jadi, semoga hari mendatang, saya lebih cekap mengasuh diri menjadi seorang yang pemberi. Isteri yang memberi. Kakak yang memberi. Anak murid yang memberi. Anak yang memberi. Menantu yang memberi. Muslimah yang memberi.

Petikan kata-kata Saiful Islam, Erti Hidup Pada Memberi.

4 comments:

  1. beshnye jalan2 tempat orang... :)

    salam kenal

    http://soontobeamummy.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Kita ni sekapal eh.
    Jalan-jalan cari ilmu ni.=)
    Buleh tengok blog saya satu lagi on TTC.=)

    ReplyDelete
  3. Owh..Nur Ilahi is reading my blog now. TQ sis. Luv u, muah!

    ReplyDelete