Saturday, October 2, 2010

Cabaran pertama

Hari ni Alhamdulillah genap 8 hari kami di Hiroshima.
Petang nanti InsyaAllah akan berpindah masuk ke rumah baru di International House.
Alamat kami dalam bahasa Jepun yang dirumikan:
Hiroshima Daigakun Kokusai Koryu Kaikan.
Sehingga ke hari ini kami belajar dan menggunakan beberapa perkataan basic:
-Hait! Iee! Wakarimashta! Gambatte ne! Ohayogazaimas! Konichiwa! Tadaima! Itadaikimas! OShi....Sedapnya.

Pelajaran pertama yang Allah aturkan untuk kami dalami dan pelajari...
MENGURUSKAN HALAL HARAM MAKANAN BILA DI PERSEKITARAN MASYARAKAT BUKAN MUSLIM.

Setibanya kami di sini, agak terkejut, apabila Muslim makan di restoran yanng ada makanan halal tetapi turut menghidangkan makanan tidak halal. Maklumlah kami ni Nihonggo...masyarakat di sini agak gemar makan PoRK.

Resah dan gelisah kami dibuatnya. Lantas kami cuba baca dan cari hukum fekah untuk situasi ini. Setelah berbincang, beremel dan berdiskusi dengan beberapa sahabat dan ustaz, seorang hafiz dan minta pandangan dari ayahanda yang tercinta, kami hari ini sudah kira ada ijtihad untuk kami pegang seboleh dan sedaya upaya (Dengan Pertolongan Allah) di sini.

Di sini ada beberapa link yan mungkin boleh dirujuk untuk perkara ini;

Perbincangan halal haram pinggan di Bicara Muslim. Bicara Muslim - Pinggan dan babi
Soal Jawab di Halaqah
Pengharaman babi


Terus setelah berfikir dan menimbang banyak perkara iaitu:

1. Pengharaman babi sebagai makanan sebagaimana dijelaskan Allah dalam ayat

Dari Abu Tasa'labah al-Khusyani katanya, Saya berkata, "Hai Nabi Allah! Saya tinggal di daerah Ahlul Kitab, bolehkah saya makan dengan mempergunakan piring mereka? Saya tinggal di daerah pemburuan, di mana saya berburu dengan mempergunakan panah, seekor anjing yg tidak terlatih untuk berburu dan seekor anjing lagi terlatih. Manakah yang lebih baik untuk saya?"
Rasul berkata, "Mengenai apa yang engkau sebutkan tentang Ahlul Kitab, seandainya kamu dapat memperoleh piring lain, janganlah makan di piring Ahlul kitab itu. Tetapi kalau tidak ada yang lain, cuci terlebih dahulu dan makanlah di sana............" [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim] 

Dari fahaman saya yang jahil ini, ayat Nabi yang diboldkan di atas, bermakna andai kamu masih punya pilihan, maka tidaklah boleh dari pinggan yang digunakan untuk makan "pork". 
Dalam masa sekarang (setakat ini), saya masih punya waktu yang diatur ikut keselesaan sendiri. 
Jadi pilihan yang ada ialah : Bawa Bento (yang mmg amalan kebanyakan org Jepun).
Atau sekiranya tak sempat bawa bento dan tak sempat pulang ke rumah : Pilih makanan yang bahannya halal di cafe/restoran dan minta di tapau (bungkus) spy tak perlu gunakan pinggan mangkuk di situ. 
Atau sentiasa bersedia dengan bekas makanan sendiri supaya masih punya pilihan di saat2 mendesak. 

Bila kami fikirkan, DARURAT itu, bukan mudah untuk diisytiharkan dalam kes merantau untuk belajar bila kami masih punya masa untuk liburan, bila masih punya kenderaan untuk pulang masak di rumah, bila masih punya masa untuk sekurangkurangnya berkunjung ke 7eleven beli roti dan susu buat alas perut. 

Seorang sahabat, dia juga hafiz, kini belajar di MEkah, maka saya percaya apa yang dia katakan dan ingatkan untuk kebaikan kami dalam beragama.

An-Nu'man bin Basyir berkata, "Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, 'Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.'" (HR. Bukhori.

Kata sahabat itu, yang haram dan meragukan akan meninggalkan kesan di hati, sehari satu titik, kami disini jika umur panjang, 42 bulan. Sebulan ada 30 hari x 42 bulan = 1260 hari. Cukuplah gambarannya sekeping kertas yang dah tak berapa nak bersih, diconteng titik menggunakan marker atau pen, 1260 titik, agak2 ada lai tak ruang yang bersih di situ. Katanya, hati yang gelap jauh dengan ibadah, maka jauh dengan Allah. Sedangkan kami datang ke sini dengan niat , INGIN MENDALAMI ILMU, KERANA ALLAH. 

Dan kami berfikir, bila kami bermudah2 dalam urusan agama, layakkah kami untuk berdoa dipermudahkan urusan dunia dan akhirat? -----------

Urusan ini, sememangnya atas kefahaman masing2. Kami tak berniat untuk menegakkan apa yg kami rasa betul dan offend what other Muslim hold on to, cukuplah andainya tulisan ini menjadi peringatan buat kami, untuk menjalankan apa yang kami faham.