Tuesday, June 21, 2011

nak jugak

Sejak 2 minggu lepas.
Hidup yang kalut.
Jadual yang penuh.
Badan melayan tetamu.
Otak memikirkan experiment.
Semalam, otak mula signal badan yang otak dan badan dah letih.
Demam sehari. Tapi masih naik bot untuk sampling.
Balik awal.
Sensei menelepon.
Sorry Sensei, I need rest.

Dalam demam.
Melayan juga Nora Elena sampai tammat.
Haha.

Moral of the story:

TOO LITTLE THAT WE KNOW.

Jadi, jauhi sangkaan. Macam Rasul kita dah pesan.
Kalau apa2 jadi. Ambil masa untuk berfikir dan bertenang. Lapangkan dada, luaskan pilihan, jauhi sangkaan, banyakkan memilih untuk memaafkan.

Senang cakap kan? Susah nak buat la kan? At least tulis di sini untuk ingatkan diri sendiri.

Monday, June 6, 2011

tercrazy

Nora Elena.
Haha.
Dah lama tak tergila drama, tertengok, terlekat dan termarathon la pulak.

Waaaaaahh...... sort of so real. I like.
Dan disamping suami takde malam ni  menjemput family di Tokyo.
Cerita ni buat saya teringat banyak perkara.

Tentang kisah dulu.
Tentang kompleksnya cinta.
Tentang ajaibnya jodoh.
Tentang betapa masa depan itu tidak terduga.

Our marriage.
Kalau siapa2 yang tahu. Sedikit.
Amatlah ... erk... ha, really, Shida and Syazni is getting married?
Mengejutkan.
Saya sendiri terkejut, apatah lagi orang lain.
But yeah, memerhati dari cerita ni, we human, too little we know.
About ourself, lagi lah kalau pasal orang lain.
Dalam cerita ni, penulis skrip dia hebat, pengarah pun pandai.
Cerita ni tunjuk, how, dalam satu perkara kecik pasal baju encik hero tu pun, banyak yang orang2 yang terlibat dalam kisah tu tak tahu.
Betapa apa yang kita nampak dan rasa tu tak semestinya apa yang betol berlaku.
Betapa terbatasnya kuasa kita nak memahami keadaan, apatah lagi menguasai keadaan.
So moral of the story, do not jump to conclusion, do not judge.

Saya sendiri terfikir, apa sebabnya saya terima suami saya.
Sesenang itu.
Berbanding yang bertahun menunggu.
Saya takde jawapan.
Untuk soalan saya sendiri.
Saya cuma tahu.
Sehingga sekarang.
Kerana dia melamar saya untuk jadi isteri.
Bukan kekasih.
Tapi betulkah kerana itu?
I simply say okay.
Macamlah dia ajak gi lunch.

But yeah.
Jodoh tu, kuasa Tuhan yang sangat menakjubkan.
Perkahwinan kami.
Melukakan hati-hati.
Saya tau. Dia tau.
Saya mohon maaf.
Pada hati-hati yang terluka.
Saya sendiri tak boleh nak explain kenapa.
We made this decision.
Tapi saya harap... hati-hati itu akan sembuh.
Dan menjumpai jodoh yang lebih baik.

Masa saya kahwin.
The truth is, saya belum kenal suami saya.
Kenal...kenal....kenal....
Tak, saya tak kenal dia sebagai...lelaki.
Saya cuma tahu, dia pekerja yang rajin, kawan yang protective, dan sangat sayangkan keluarga.
Itu aja.
Bila kakak saya tanya, are you sure? Do you love him? Do he really love you?
Sejujurnya, dia tak pernah melafaz kata cinta sebelum melamar saya.
Saya terkedu.
Sungguh saya tak tahu.
Cuma saya yakin... entah kepada apa.
Saya cuma rasa mahu terima.
Dan dia.
Dan menerima saya seadanya.
Dia tahu kelemahan saya.
Tetapi menerimanya seadanya.

Entahlah.
Saya tak tahu. Kenapa.

Mode: Jiwang Nora Elena.

Hahaha.
Mengarut.


Yang pasti. Kini.
Andai Tuhan pisahkan kami dengan maut atau cara lain.
Saya rasa, saya tak tahu camana nak meneruskan jalan.
Saya tahu bunyinya lain.
Tapi itu hakikatnya.
Saya, sangat jatuh cinta.
Saya harap, dia juga sama.