Lama juga ye.
I am in Malaysia.
Another 8 days left before we start back.
I planned to do something here.
But all I did is hanging out with family everyday.
And it is so great!
Macam pelancong pulak, balik asyik amik gambar sana sini.
Fenomena baru di Terengganu: basikal pixie? ke eja camana?
Kat Malaysia: Semalam sambutan tahun baru yang pelbagai. Dari sudut yang pelbagai. Ada yang berdemo, ada yang berkumpul dengan ustaz Azhar dan Zizan, ada juga yang berkonsert seperti biasa.
Ustaz Azhar pun phenomenal jugak sekarang. Menyediakan alternatif buat yang mahukan kebaikan. InsyaAllah. Ada yang kata, sambutan tu sama je, sambutan juga. Sepatutnya sambut Awal Muharam je kan. Tapi kalau fikir-fikir, sekurang2nya menyediakan ruang pilihan adalah lebih baik dari melarang terus kan? Ruang pilihan, dari sambutan yang dah menjadi norma kebiasaan, malam tahun baru countdown di dataran, bercampur baur bukan mahram dan seterusnya, kita juga sudah tahu.
Di terengganu, we are blessed with heavy rain.
Semoga ada rahmat dari setiap titisan hujan, buat semua rakyat Terengganu yang budiman.
Tak banyak berubah negeri saya.
Tapi daerah kelahiran saya di Dungun begitu pesat pembangunannya.
Bagus encik YB!
Cuma, progress penyiapan sesuatu projek agak lambat, difahami, maybe peruntukan pun lambat dan tersekat2 kot sekarang.
Apapun, bravo dungun! Semoga pembangunan ummah Dungun lebih hebat dari pembangunan bandarnya.
Ibu, dan ibu mertua.
Semakin uzur, seiring usia.
Ayah dan ayah mertua, semakin tampan menyongsang usia.
Lumrah.
Yang harus diperhati.
Yang harus difikirkan.
Ia realiti.
Dan jika umur panjang, kita juga akan mengalaminya.
Semoga ia seiring membawa rahmat dan kasih sayang.