Friday, August 31, 2012

Sesal dan sebal

Sesekali "ter"biarkan emosi merajai keadaaan.
Tatkala itu apa yang keluar dari lidah kurnia Allah ini, bagaikan pedang dan api.
Menghiris hati.
Membakar kebaikan.
Menghangatkan keadaaan.

Bila dikerpok kepala dengan ketukan Allah.
Yang boleh dibuat ialah mohon ampunan.
Dengan Allah, atas keperlampauan batas dalam berbicara itu senang.
Sebab Allah dah berjanji dalam kitabNya, dengan jaminan, kalau kita bertaubat dan mohon maaf maka ampunanNya itu lebih besar dari isi langit bumi lautan seluruhnya.
Tapi dengan telinga dan hati yang mendengar saat kita emo tu?
Untuk melafaz maaf juga perlu turun dan tunduk.
Mujahadah membuang ego dan memenangi permohonan maaf dengan ikhlas itu, sungguh membutuhkan kuasa diri!
Tapi harus.
Maka harus.
Dan semoga yang selepasnya itu dengan kebaikan dan rahmah.



Thursday, August 30, 2012

Duhai hati.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?, (1) 
Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu, (2) 
yang memberatkan punggungmu? (3) 
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan [nama]mu (4) 
Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, (5) 
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. (6) 
Maka apabila kamu telah selesai [dari sesuatu urusan], kerjakanlah dengan sungguh-sungguh [urusan] yang lain (7) 
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. (8)

Wednesday, August 29, 2012

15

I was 13 years old girl. 
Naive yet plain.
From 13 to 15...or 16.
3 years of pain.

It's still hurt. 
A lot. 


Friday, August 17, 2012

Manis

Bila terasa berat bila ia beransur pergi..
Belum berpisah tapi sudah rindu...
Rasa sayu mengenangkan nanti keadaan xkan sama...
At 27 years old.
Baru merasainya.
Lambat tapi semoga bertambah dan meresap jauh sebelum nyawa dicabut malaikat...
Semoga...

Raya...

Selamat hari raya.

Nak termenung tak sempat.
Tp masa drive banyak masa nak termenung
40 minit tu

Sayu......

WAaaaaaaaaaaaaaaa....nak balik!!!!

>HOMESICK<

Monday, August 13, 2012

Anak itu....

Tinggal lagi sejam waktu menunggu ikan siap di"incubate".
Tengok2 internet terjumpa ini...

Satu perkongsian menarik dari prof Dr Muhaya:-

"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilay
an sebegitu oleh si suami"

SUBHANALLAH...indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.

Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan???
Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID :)





(^-^).





Semoga jadi panduan buat saya dan suami tercinta.

Mungkin juga Tuhan jadikan jarak masa menunggu kami ini lama berbanding pasangan lain untuk kami menyediakan diri. Menyiapkan diri untuk jadi ibu bapa paling bijaksana lagi berkasih sayang. 
Amin ya Rabb. 
Semoga dari masa ke masa kami bertambah soleh dan solehah untuk mujahid mujahidah kami nanti. 

(^-^). Tolong Aminkan ya.... 


Monday, August 6, 2012

Shopping Online

Suka sangat shopping online kan.
Tak tersedar yang banyak aturan yang harus diperhatikan.
Dunia penuh manipulasi.
Jadi sendiri harus bijak meneliti.

Hari ni memesan tudung untuk lebaran(kalau sempat sampai).
Nak bayar guna paypal,tiba2 tokey kedai sana kata ada extra charge.
Aik?
Diselidik dibaca, rupanya paypal kenakan fee untuk penjual, bukan pembeli.
Walaupun tak diberitahu dengan jelas tapi sebab malas nak fikir banyak, barang kali ni pun melibatkan barang pesanan kawan, jadi setuju je.
Semoga Tuhan ampunkan andai penjual berniat menyembunyikan hal. (Prasangka? My bad....)

Berkenaan charge ni, risau kot2 ia ialah riba. Bertanyakan ustaz di sini dan merujuk kepada artikel :

http://www.zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/793-hukum-jual-beli-lelong-di-ebay-a-swoopo.html

Fees dalam paypal tu adalah yuran urusan pentadbiran dan dibolehkan.

Dalam isu kali ni, jadinya cuma perlu persetujuan jelas yang saya sebagai pembeli bersetuju untuk menanggung kos itu bagi pihak penjual.

Sebenarnya tak kisah, faham la kan. Tapi berharap penjual menjelaskan dengan jelas.
Expectation....always lead to frustration!