Tuesday, March 15, 2011

Mententeramkan diri sendiri

Hi friends, just keep myself updated with the situation.
Also, to inform my families in Malaysia the condition here. 

Kat bawah ni adalah kawasan yang mengalami gegaran dan gegaran susulan selepas gempa skala 9.0 Jumaat lepas , 2011, March 11.
Dan dalam kotak coklat tu adalah kedudukan kami di Jepun.

 


Kat bawah ni pulak ialah zoom kawasan kami tinggal, (A)Hiroshima University International House dan (B) Takehara Marine Science Station, lab saya di insyaAllah sepanjang 3 tahun pengajian di sini.
 Jalan yang dihighlight biru tu adalah jalan yang pemandu baru yang terhegeh-hegeh bawak kereta (nasib baik auto) ni lalu sehari-hari pergi dan balik untuk buat ekperimen demi ilmu penyakit ikan ni, semoga berguna ilmu ini untuk diri sendiri dan rakyat Malaysia dan ummat Islam. Jaraknya tak jauh tak dekat, 21.0 km x 2 kali sehari. 





Lab saya yang permai. Letaknya betul2 tepi laut, dibatasi benteng pemecah ombak.
There you go, muke poyo bila dah penat dissect ikan.

Semalam risau jugak.
Tapi bila kaji2 peta.
Cuba tenteramkan diri sendiri.
Depan Takehara ni, banyak sangat pulau2 kecik bertaburan, InsyaAllah, kalaupun ada lagi gegaran tengah laut berdekatan sini, kesannya mungkin kurang sedikit.
View Larger Map


View Larger Map


Jadi hari ini masih lagi tak semangat nak dissect ikan2 4 kotak kat bawah sana, cuma datang lab tengok laut untuk pulihkan semangat. Cakap2 dengan Nihongjin so that I will hear they say...
Norshida-san, 大丈夫です(daijouboudesu).


==============================================
Nihong-jin, I have to say, they are very calm and strong.
Dalam situasi begini, sedangkan saya sendiri asyik risaukan keselamatan diri dan keluarga.
Tapi mereka sangat membantu sesama komuniti.
It is so sad also, that the fact is nothing much I can do to help.
Keep praying for Japan.
=========================================


1 comment: