Thursday, November 4, 2010

Setakat ini

Merujuk perkara di atas.

1. Sudah present untuk lab seminar. (1st week okay!)
2. Sudah tangkap 29 ekor Takifugu niphobles. 
3. Sudah rosakkan 3 specimen T.niphobles. (Sorry sensei!)
4. Sudah sorting specimen dari Malaysia.
5. Sudah menghabiskan 3 jam melukis hanya cephalothorax caligus yang tak siap.
6. Sudah naik bot untuk monthly lab sampling di Seto inland Sea.
7. Sudah mendapat tugasan baru untuk presentation minggu depan.
8. Sudah tahu menggunakan fishing rod.
9.Sudah menderma 3 mata kail kepada kekayaan diversity Seto Inland Sea.
10. Sudah menjamu 11 budak bujang, 3 pasangan dan 12 kanak2 Malaysia.
11. Sudah pergi ke ringgo orchard, mkn 4 biji epal dlm masa 2 jam.
12. Sudah pergi 3 Koeng.
13. Sudah pergi makan aiskrim susu 2 kali di Fukutomi dan satu lg tempat.
14. Sudah pergi matsuri.
16. Sudah ada microwave, rice cooker, kettle dan humidifier.
17. Sudah naik PRIUS hybrid sensei yang HEBAT!!!!!!
18. Sudah habiskan setengah bekas miso dan setengah plastik nori.
19. Sudah makan tempura dan sushi termasuk unni n tako sushi.
20. Sudah makan takoyaki yang sedap!
21. Sudah makan berbutir2 mochi pelbagai rupa dan rasa.
22. Sudah makan onigiri (tuna mayo, tamago dan ikura)
23. Sudah tahu saya amat gemarkan ikura (salmon eggs)
24. Sudah boleh baca ingredient yg haram dalam makanan, jadi
25. Sudah boleh tentukan apa yang boleh dimakan atau tidak.(Skill yang penting untuk kemaslahtan agama)
26. Sudah try bermacam jenis mushroom di sini.
27. Sudah turun 5 kg. Alhamdulillah! Sangat gembira!!!!!!

Okay, setakat ini dahulu.

No comments:

Post a Comment