Tuesday, December 21, 2010

Derma untuk Projek Kilang Roti Di Palestine

m

Menarik kan?
Saya nampak ni di Facebook Basha.
Jadi saya sertakan juga di sini, manalah tahu ada yang membaca.
Boleh dermakan semampu.
Maklumat untuk derma ada di poster tapi saya nyatakan juga takut tak terbaca.

Salurkan sumbangan Palestin anda ke:
AQSA SYARIF BERHAD - Akaun Maybank (551575004299)
Email: admin@aqsasyarif.com
Tel: 03-87334633.

Semoga sumbangan kita diberkati Allah.

Monday, December 20, 2010

Bila bosan tapi malas baca buku

Rajinnya saya menulis blog hari ni kan?
Dah 3 post termasuk yang ini.
Saya.
Bosan.
Tapi.
Malas.
Dan.
Tak jumpa pendrive yg ada powerpoint slide yyg sy sepatutnta boleh edit.
Alkisahnya.
Hari ini encik Suami pegi test lesen jepung di Hiroshima City.
Jadi takde kereta nak hantar saya ke Takehara.
Ehehe.Macamlah kalau ada kereta dia bagi saya drive sendiri. (^-^)

Jadi apa saya buat hari ni?
Facebooking.
Blogging.
Blog stalking. (Kihkih)
Ini.

Ini bukan tinja.


Ini namanye jeppuk pisang.














Jeppuk Pisang.
Makan sorang2 macam kera sumbang.
Sedap tapi hati sayu.

Alkisahnya, kemahiran saya menjeppuk jeppuk ni jadi bentuk begitu(merujuk kepada gambar di atas), adalah hasil pembelajaran 10 minit di Johor Bharu. Dari sifu dop tau nama, ibu kepada best friend/bussiness partner Dr.Zaleha. Time tu saya ke JB antor barang2 untuk eksperimen Kak Dilla dan Miza, tumpang semalam rumah yang KakDilla tumpang tu. Rumah sifu jeppuk ni la. Sempat la belajar sebab dia membebel saya menjeppuk guna sudu. X ori katanya.

Benar kan.... ilmu Tuhan itu luas, diberi kita peluang belajar dari pelbagai cara, dari pelbagai guru.

=====================================
TAFAKUR
=====================================

Dan dengan bangganya saya nak show off idaman kalbu yang telah menjadi hak pinjaman saya sementara.
Allah bagi peluang memilikinya.
Tada......






Its new!
Its Kai Knife!
No need to explain more.
~~~(^-^)~~~

P/S: Dapat beli sebab Encik Hubby kata, sayang belilah..... (Nanti abang nak PS3).

Semalam

Semalam,
Niatnye berukhuwah.
Ampun ya Rabb.
Ampun andai ia kesilapan.
Ampun andai kami tidak menjaga hakMu.
Kami tidak tau.
......
|
|
|

COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!

First time saya ditag. Dan first time jugak saya akan tunjukkan support.
Bagus jugak sebenarnya.
Thank you irtiyah.
Kadang-kadang, iman dan amalan perlu revision. Muhasabah.
Dan tarbiyyah Allah datang dengan perlbagai cara.
Syukur.
Jadi for the campaign, we got nice banner....
||
||
||
||
testing2, tak pernah saya meletak banner ni.

Alhamdulillah dah jadi. 
Hajimetene...(^-^).
Irtiyah minta sesiapa yang dia tag tulis sket pasal aurat. 
As for me, I am not good enough maybe to write more about this.
But I will. 
Dalam post irtiyah for this campaign, already she wrote good article.

Saya akan tambah dengan sedikit panduan untuk student sains, yang mungkin juga terlibat dengan banyak kerja lapangan seperti saya sendiri. 
As the ruling of aurat tak akan berubah, walau apapun keadaannya. 
Mungkin ada yang terasa: 
1. Aiii... nak gi sampling kat tengah panas ni, panas la...
Solution: Tudung, will help to cover your beautiful face and body from the UV. Lagipun, panas kat dunia je. Imbalannya InsyaAllah berbaloi. Semoga dipermudahkan usaha pencarian ilmu...

2. Nak terjah ke dalam air ni, nak kena pakai tudung gak ke, nak kena pakai stokin gak ke?
Dont worry be happy. Be muslimah, and take it easy. As for my experience, still wearing stokin although menerjah ke mangrove Tok Bali mencari siput,kerangan dan cacing, its an advantage. At least, my kaki is not directly exposed to akar2 tajam pokok bakau bila kasut terlekat dalam lumpur. Cuma, sesuaikan mengikut keadaan, be wise!

3. Nak dive ni, camana?
Dive, sekarang mudah bagi muslimah. Baju diving memang dah "membalut" aurat. Cuma tambah one layer of loose shirt di luar baju diving tu and it will work very well InsyaAllah. Kalau setakat nak snorkelling, lagi mudah, terjun je dengan t-shirt and track bottom (make sure yang ringan). Better have very tight outfit inside dan kemudian cover with light shirt outside. Again, be wise. Allah tak menyusahkan kamu dengan hukumnya, maka mudahkanlah diri untuk  mengikut suruhanNya. 

Di sini, Jepun. Nihongjin girls, dress very well. At least setakat pemerhatian saya di sekitar Higashihiroshima. 
Loose. And almost covering all parts of their body except for the hair. 
Baju memang loose, tapi diorang pakai legging la. Tapi ramai jugak yang pakai pants/jeans.
Teringat pemandangan di pasar malam dan shoppping complex di Malaysia, terasa pelik pulak. 
Our teenagers, rasanya lagi seksi dari gadis-gadis Jepun ni.
Baju lagi ketat, lagi expose.
Kenapa ye? 

Relatively, for muslimah, di tempat sejuk, lebih senang dan automatically senang untuk tutup aurat (dengan betul). Baju memang dah tebal. Tudung, mencantikkan lagi outfit winter. (Atleast dari mata saya). So, no excuse. Stokin, takkan x pakai kot? Huhu,...sejuk wesss. And winter outfit, banyak yang loose dan cantik. 

Aurat dengan wanita bukan muslim. Saya sendiri pun masih mencari2 kepastian tentang itu. Banyak pandangan. Jadi InsyaAllah saya akan minta suami bertanya dalam Muzakarah nanti Khamis. Untung di sini masih ada ilmuwan untuk bertanya.

Owh, saya kena tag kawan-kawan, saya nak tag: 

Yang bertuah ditag, senang je cara menyumbang:
1. Buat satu entri baru yang bertajuk : COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!


2. Letakkan banner di atas dalam entri anda dan linkkan ke entri ni semula. [http://thepotpetking.blogspot.com/2010/12/cover-your-aurat-campaign-show-your.html]


3. Tuliskan pandangan anda tentang menutup aurat.

Alhamdulillah. 
Sekadar pandangan. Maaf jika terprovokasi.

Tuesday, December 14, 2010

Bila mood memasak itu ada

Cooking.
Is a good therapy for me. Here. In Japan.
After long hectic tiring days in the lab, balik pukul 8 malam pun, I still have mood to cook.
And I MUST cook. No choice. Hehe.
But I like...
Cooking in Japan, is far more simple and convenient compare to Malaysia, Terengganu precisely.
Sebabnya, ikan dah siap dipotong, sayur dah bersih, daging cantik. Jadi, sangat mudah dan cepat.
Ye lah kan, kalau masak, yg bab meletakkan haba pada makanan tu kejap je, yang lama menyediakan bahan.

Menu untuk encik suami;
Masak Lemak Terung.
Perasan tak Masak Lemak tu kaler ungu? Kihkih. Agaknye terung tu turun kaler. Tapi kakak saya punye teori sebab guna santan serbuk, dia tak betul2 jadi putih cam santan dari kelapa. Tak kisahlah asal rasa sama.

Sambal petai ni, kat Malaysia, musim ada petai baru saya buat. Tu pun jarang sebab petai kena kopak sendiri. Rajinnye saya kan? Kesian.
Kat sini jadi rajin. Tiap minggu buat untuk Encik Suami. Sebabnya, petai dah siap kopak, beli aja dari kedai, bukak plastik terus masuk periuk. Sambal bilis pulak import dari Kampung Delong, manufactured at home by Kak Sue my lovely sister. Hehe. Dah dekat nak habis je telepon mintak pos. Kihkihkih. 



Monday, December 13, 2010

The new food regime

Morning;
Heavy breakfast.
Body Lift + Noni.

Morning break:
Liquid prune or Honey.

Lunch:
Bento.
Beautea or I-cover.

Tea:
Fruits and cikuwa.

Dinner:
Soup/salad.
Supreme diet + IgC milk.

Supper:
Green tea.
Woman lobata. (Ini sangat tidak sedap).










Semoga barakah. Ini sekadar usaha. Kami juga amat tahu. Yang masa dan keadaan yang sesuai hanya Allah yang tahu, maka kami berserah padaNya untuk tentukan buat kami.

Yang kami juga tahu, ada hati yang cinta makin mekar sejak kembara ke Hiroshima ini.
 Romance in Korea 7December2010.

Saturday, December 11, 2010

kembalikan kerajinan

Last week, from 4 to 9th December,2010. We went to Seoul.
For...sort of family vacation.

I should present my master thesis yesterdar, but Sensei postponed the seminar to this coming Friday because I told him that I will only fly back to Japan on Thursday.
I do not know if he feel not good about the situation, but it is good for me. Since, haihhhh,...vacation and working for the presentation...whoaaa...not good together.
Yes, I do have time to do my work at night, but, urghh,..... susah maaa....manyak malas...
Now, dah balik sini pom, still ada sisa2 kemalasan.
So, this is the last day for malas2. Tulis2 blog sket.
Upload gambor.
Esok, beli barang, and prepare barang untuk bekerja seminggu tanpa henti.
Target this week.
At least: 5 fish per day!
And prepare a good presentation for this coming seminar. Sensei will count on you, Shida!
Then, also need to study, molecular terms and try to understand Rose's paper. So nanti bila Sensei tanya pasal molecular, dah ada increment in knowledge and understanding.
Sensei said: Shida, this is basic of basic. Work harder.Read more.

Hait!

From Malaysia to Korea, Korea to Japan. Mok brought a luggage, full of Biodex's food supplement.
I do not know of this is the right time, tapi, bila lagi ...?
Herm, I decide to give a try. Menyedari lagi 43 hari is our 2nd wedding anniversary. Lagi 43 hari sahaja.

Daisypath Anniversary tickers

Wah... time flies so fast lately.
Work harder and harder Norshida!

Thursday, December 2, 2010

Baru saya tau ....

Dah lama tak menulis apa-apa.
Tentang entry sebelum ini juga ada perkembangan selepas muzakarah suami bersama halaqah Muslim Saijo.
Tapi belum sempat untuk update sejak tarikh itu.
Aktiviti saya beberapa minggu kebelakangan ini.
15-18 November ; Sampling di Uwajima, Ehime Prefecture.
Perjalanannya; dari Saijo ke Kure sejam naik kereta, kemudian kereta naik feri bersama tuannya dan saya=) selama 2 jam sampai di Matsuyama, dari Matsuyama Sensei drive lagi ke Uwajima 2 jam lebih.
Ehime terkenal dengan mikang(limu), mutiara dan ikan merah. Dalam perjalanan dari Matsuyama ke Uwajima we can see beautiful view. Jalannya lebih bergunung ganang berbanding Hiroshima, dari atas jalan lihat ke bawah boleh nampak laut dan pelabuhan serta tempat kultur tiram mutiara dan ikan merah. Pandang ke atas (terutama sebelum masuk terowong) boleh nampak kebun limau.Sangat bertuah kerana kebetulan end of autumn, semua mikang sudah masak. Jadi pemandangannya sama macam pokok oren yang dah masak ranum dalam FARMVILLE. hehe....teringat pulak susah payah mi dan bak tanam limau kebun belakang rumah dulu....
Setibanya di Uwajima, its still early and Yamashita San. kawan sensei yang akan tolong kami sampling tak boleh entertain kami that day. So, what a suprise, Sensei said, lets have a sightseeing. Hehe, bahasa ingggepun.
So, we went to a castle. That castle, is located at the summit of a hill. Dan bukit itu lebih tinggi dari bukit besar dan lebih curam dari itu. Tangganya, tangga batu. Sama macam kita tengok cerita Jepun or Cina zaman dulu dulu. MasyaAllah, setengah jalan, hamba yang lemah ni dah rasa tak cukup oksigen. Take a break.
Sensei datang tegur, Norshida, you are young, you should exercise more after this.
Sight.... Hait Sensei. What else can I say? heheh....
Malu wesss...Sensei relax je. Laju pulak tu.
Esokknya bermula pekerjaan seawal jam 8.00 berakhir jam 6 petang.
Jam 7 Sensei menunggu di lobi kerana Yamashita San would like to gave us welcoming party. I was scared and many things in my mind.
There, in the restaurant, they order all seafood because of me. And seadanya, bila sudah darurat begitu, saya jamah seadanya, sekadar menjaga hati mereka dan mengalas perut yang cuma masuk onigiri seketul tengahari itu. Di situ, berakhir perbincangan tentang kritikalnya cara untuk menemui method bagi research saya ini, kirakira jam 12. Hanya Tuhan yang tahu betapa penatnya saya saat itu.
Kerja lagi 2 hari, kemudian Sensei awalkan trip pulang setengah hari kerana dia kecewa dengan hasil pencariaan kami kali ini.
Sebelum naik ke feri untuk pulang, dia sempat bawa saya ke Bukyo's Temple.
He is praying.
I thought it was another sight seeing, but at last I understand his message.
At first, maybe at the first week I enter Hiroshima Daigakun, he told me that people in Japan do not live related to religion. And ask me if I can compromised the "solat" and other Islamic related principal that might not "suitable" (pada pandangannya) untuk hidup senang dan mudah di Jepun. At that time, I told him,
"Sensei, from my reading, I realize many people in Japan is atheis. But as for me, I will fulfill my obligation and live as a Muslim even I am in Japan. I will make sure my religion will not bothering my performance in your lab."
Walking down from the temple (also located at the summit of a hill), he told me, " You can see many people here in Japan, including me, are still a serious in religion. But our life is not related to religion."
Sensei diam selepas itu.
And I said, " This is a nice sight seeing Sensei, thank you."

==================================
After the trip, bertapa dalam lab, memeriksa ikan-ikan itu semuanya, kerana saya mahu minta OFF.
Its a hard work.
Yeah, its Phd , of course the work is hard.
And already finish the works, already send the report and then we plan for the real work.
Lusa, 4 hingga 7 Disember, we will fly to Korea. South Korea. Incheon. Seoul.
Bertemu ibu mertua, adikadik ipar yang sangat excited macam balik ke tanah air dan sepupu ibu mertua.
They brought 2 luggage of foods, for us. Hehe.
Sekarang sedang packing2.
Beli baju sejuk, persediaan untuk musim sejuk dan ke Korea ini.
This is: Work Hard the Play Hard!
========================================
Tentang keju ....
Ustaz Helmi, membuka ruang untuk muzakarah dalam usrah mingguan. Dan menerangkan pendapat berdasarkan artikel ini;
Of Man and Mice, Cheese Factor

 

Jadi boleh baca dan buat pertimbangan sendiri.
As for us, after muzakarah lagi dengan Ustaz Roslan, (my brother). Memandangkan prosesnya dan bahannya memang sudah diketahui, kalau mahu makan juga, boleh ambil yang dibuat oleh orang Kristian dan Yahudi(as they are still be considered as Ahli Kitab, yang kita boleh makan sembelihannya). Which means, kami tak ambik yang buatan Jepun. Di sini, memang bukan negara yang Kristian adalah agama utama.  Dan jika terpaksa, means, kalau dah terhidang nak terpaksa makan, ambil langkah jangan banyak tanya. Jamah seadanya.

Dan good thing is, we still can eat cream cheese. Which the making process belum lagi melibatkan rennet. Jadi tang ni takde keraguan. And it still taste good.

Suami dah balik.
Jadi idea dah lari.
Saya akan stop.
Wassalam.