Thursday, January 27, 2011

Sensei bilang

.....
Plan dia untuk saya tahun ini.

Next week: Present prelimenary result of P.fugu 1 month observation.

March 1: Entrance Exam.
Then start the jiken on Physiological Study of P.fugu.

May: Join the research class. 1 week. Here, berumah di Takehara with Nihong students.

June: Kalau approve, ke Hamamatsu, Tokyo University Aquatic Laboratory, for the attractant study. Duration? Depends on the work.

August: Research Cruise ke OKINAWA ISLAND. Haruskah saya excited atau nervous atau sepatutnya gusar?

Setakat itu dahulu.

Jadi.
Apakah harus saya fikirkan sekarang agaknya?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Takyah fikir apa2lah.
Just go with the flow.
Let Allah play His role and you Shida! Berlapang dada saja.
Don't worry be happy.

Tuesday, January 25, 2011

Nasi tak habis

Cam sejarah je.
Kali terakhir saya tak lalu makan ialah.
Mac 2002.
Semasa orientasi Kolej Teras Timur.
Kerana kami bangun seawal jam 5, berkawad, berlari di pantai.
Masa itu.
Saya tahu saya aaamat penat.

Hari ini.
Saya tak tahu pun kalau2 saya penat.
Saya tak penat pun.
Not physically.

Baguslah.
Boleh turun berat.
Tapi baguskah?
Andainya badan saya mahu memberitahu saya sesuatu?

Saturday, January 22, 2011

Cinta hati yang harus disyukuri

Facebook memberi kita peluang mengikuti perkembangan kawan-kawan kita yang dekat dan jauh.
Dan dalam banyak masa, kita semua pun cenderung untuk meluahkan rasa, mempamerkan apa yang tersurat dan tersurat dalam hati dan minda di ruangan "update status Facebook".
Dalam satu siri CSI the detectives said we who update our status at Facebook or another social network website are not understand the meaning of privacy.
In one perspective, maybe yes.
In another view, human tends to shout out what they feel and feel some kind of relief when they got good, supportive feedback/comments from friends who care.

Mengikuti perkembangan kawan-kawan.
Terasa saya harus amat bersyukur dan rasa cukup seadanya dengan apa yang saya ada sekarang.
Mereka di luar sana.
Terutama yang umur lingkungan saya.
Dan ada yang lebih berusia.
Terutamanya kawan-kawan sejantina.
Ramai lagi yang jika kita mengikuti kronologi statusnya.
Sangat menggambarkan betapa mereka mendambakan hadirnya seseorang yang kita panggil teman hidup.
Dan lebih sayu apabila status mereka dipersendakan secara langsung atau tak langsung.

Saya.
Syukur.
Dikurniakan cinta hati.
Yang amat baik.
Menghargai kekurangan saya sebagai kelebihannya.
Memberi bahu buat sandaran ampuh bila saya kesusahan.
Sanggup bersusah demi kemudahan saya yang banyak kelemahan.
Memberi tanpa meminta.
Menjadikan apa yang dalam mindanya juga pengetahuan saya.
Sabar menghadapi dunia bersama saya.
Syukur.

Kadang-kadang tekanan dari kiri dan kanan tentang persoalan anak,
menggoyahkan kesyukuran tentang cinta hati ini.
Tapi semoga dengan iman yang sentiasa ada pasang surut ini,
buat diri sentiasa tahu,
cukuplah seadanya apa yang kamu perolehi sudah melebihi dari apa yang kamu layak,
Dia akan memberi apabila Dia mahu,
Maka semoga hati ini,
Beramal dengan syukur bukan sekadar pada kata-kata,
Tapi dari perilaku dan perbuatan.


Terima kasih ya Rabb atas cinta ini.
Saya tahu saya banyak meminta.
Terima kasih atas cinta ini.

Friday, January 21, 2011

I am a stalker.


I am her big fan now. 
Nak baby cantik macam ni boleh? 
Provided baby girl la(^-^).
She is so so so gorgeous.

Wednesday, January 19, 2011

Am still alive

Trying not to think about stressing problem.

Todays entry is about:

Optional food in Japan.

Kadang-kadang bosan makan di rumah.
Terasa nak makan di restoran.
So, to be at the safe side.
I search for vegetarian restaurant.

Wah.
Rupa-rupanya ada dekat2 sini.
CountryGrain Bakery.










Wiiiiii....bila dah namanya vegetarian, boleh dikatakan most of the product InsyaAllah halal, except apa2 yang kita rasa dalamnya ada sake, arak. Tapi bila dibrowse2, most of the roti takde alkohol.

Rasanya option yang baik untuk next Monday.

Dan jalan-jalan cari makan lagi di internet.
Ini dia ...

Vegan Club Japan

It it vegan club. Dan banyak link ke restaurant dan cafe dan online shop for vegetarian food.
Satu yang menarik.

Karuna Vege Shop

Boleh beli miso organik, tofu and margarine yang InsyaAllah halal lepas ni.
Kadang-kadang kagum jugak dengan vegetarian, mereka lagi strict menjaga bab2 makan ni berbanding segelintir muslim. Sedangkan mereka jadi vege atas pilihan, sedangkan kita amalkan halal kerana agama.

Hurm, apa-apapun, saya tak berniat pun nak jadi vegan.
Tuhan kata, makanlah apa yang baik dan halal, maka selagi halal, insyaAllah saya makan saja.
(^-^).

Sunday, January 16, 2011

Hari kalut

Hari ini ada yuki.
Pergi LAMU.
Jatuhkan sambal udang petai atas lantai.
Terpercik satu rumah.
Di microwave.
Di karpet.
Di lantai.
Di dinding. Dinding ini ada wallpaper ok.
Malam.
Alamak.
Baru sedar.
Beg duit takde.
Aiyak. Mesti terjatuh di LAMU.
Ke LAMU lagi.

Moral of the story: Suami saya memang sangat sabar.

Malam ini.
Tidaklah bagus.
Ada sesuatu yang tidak bagus.
Suami saya.
Sudah tidur.
Dia kecewa dan sedih.
Saya cuba.
Tidak mahu turut bersedih dan kecewa.
Saya cuba.
Fikir positif dan bertenang.
Saya cuba.
Fikir positif.
Fikir positif dan bertenang.
Di saat keadaan agak tegang.

Tapi saya terfikir.
Adakah saya sedang tenang.
Bila saya sudah menulis tiga entry termasuk yang ini?

Friday, January 14, 2011

Translate document

Masalah. 
Paper Caligus banyak dalam bahasa Jepun. 
Saya pulak Katakana Hiragana pun baru merangkak.
Camana nak baca paper. 

Rupa-rupanya Google Translate boleh tolong.


Selama ni tak perasan pun boleh upload document untuk ditranslate. 

Walaupun bahasanya mungkin jadi pelik2.
Contoh: 

Genome-wide analisis kepelbagaian genetik ikan dibawa
Duri landak kuat. Berkat landak tulang belakang ikan ini dikatakan untuk makan makhluk lain, benar? Dan Fugu genom itu dihuraikan, jika anda menggunakan generasi kedua persilangan dengan Kusafugu, tidak akan hal itu mengarah pada evolusi gen boleh dikenalpasti duri landak.

Haha.
Gollek kirri kannang baca nih!

Tapi takpelah.Bila dienglishkan dia akan jadi okay sikit.
Boleh paham lagi.

Kihkih.

Thursday, January 13, 2011

Pesan Senior

Today tak ke lab.
Menghadiri VIVA or public defense PhD Thesis my seniorita, Ione Madinabieta.
She is Spanish girl.
Perasaan: nervous!
She study a lot.
Tonnes of work.
And she know the caligids very2 well.
Seriously she make me very2 nervous.
Can I do as good as her?

Pesan dia.
Don't lose motivation.
It's hard. But sure we can do it.

-
-
-
-
-
I need my hubby.

Tuesday, January 11, 2011

Roti Pertama




(^-^).
Saya rindu cinnabon.
Jadi saya buat my first Cinnamon Rolls.
By hand.
Sebab saya takde mesin roti.
Sangat lembut.
Terkurang filling sebenarnye.
Tapi alhamdulillah, menjadikan ia lebih sihat,kurang gula.
For breakfast and tea.
Alhamdulillah.
Menyelerakan dan terjamin HALAL.
Sebahagian jihad.

Resepi dari sini.
CINNAMON ROLLS RECIPE

Friday, January 7, 2011

Memilih atau Dipilih?

Sahabat-sahabat seperjuangan ada yang sudah terbang.
Ada yang baru memulakan pencarian.
Its about PhD.

As for me.
Bila ada yang bertanya. Tentang pendapat dan pengalaman yang sedikit ini.
Saya akan kata.
Bila kita belum mula kita rasa kita yang mahu memilih.
Kita pilih universiti, pilih SV, pilih bidang, pilih environment, pilih la apa nak dipilih.
Tapi sampai satu tahap.
Kita tersedar yang sebenarnya.
Ia. The Destiny. The Path of our PhD. The FATE.
Yang memilih untuk kita.

Tak paham?

Ginilah.
Saya bercita-cita nak ke negara yang menggunakan bahasa Inggeris.
Dari awal. Langsung tak cari Uni Jepun, dengan alasan.
Susah. Bahasa batasannya.
Cari. Cari. Dan cari.
Tunggu. Kecewa. Gembira. Timbang tara.
Beserta istikharah.
Akhirnya, saya akur.
Takdir saya ke Jepun.
Ini yang paling mudah jalannya, urusannya.
Dan semoga.
Ini juga yang paling cemerlang dan baik hasilnya.

Buat sahabat-sahabat yang baru mencari.
Teruskan memilih selagi boleh.
Tapi mungkin satu masa.
Kamu juga akan tahu.
Hakikatnya.

Tuesday, January 4, 2011

Mimpi

Sejurus sebelum bangun subuh.
Mimpi.
Mimpi kak asmad.
Kak asmad ajak gi mandi sungai.
Kak Asmad dah ada dalam air.
Saya kata saya tak pernah mandi air sungai sedalam ni.
Masa tu air dah kat hidung.
Sebabnya air sungai cepat pasang.
Kalau pegi kat dalam2 takut tak sedar air pasang dan tak sempat berenang ke tebing.
Bila tengok, air memang dah pasang.
Saya ajak Kak Asmad berenang ke tepi.
Sangat penat.
Berenang.
Langgar pusaran2 kecil air.
Sangat takut.
Sungainya sama mcm sungai di kampung.
Alhamdulillah.
Selamat ke tebing.
Cakap kat Kak Asmad.
Kan saya dah kata....



=============================
Orang tua2 kata, mimpi air tu rezeki.
Orang2 muda kata mimpi air maksudnya badan tak cukup darah.
Kalaulah saya fikirkan.
Mungkin mimpi ini bayangan perjalanan PhD saya dan Kak Asmad.
Ia tak mudah.
Tapi kami akan berjaya harunginya.
Dengan kerja kuat.

Amin......

Monday, January 3, 2011

Terasa sendiri...

Asing.
Di bumi asing.
Namun ini mungkin kekuatan yang saya perlu.

Rasul pernah berkata ....

Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap asing dan akan datang kembali asing. Namun berbahagialah orang-orang asing itu. 


Maka saya percaya akan kata-katanya.