Ummi.
Dia Ummi saya.
Ummi saya yang ummi.
Dia tidak boleh membaca. Juga tidak boleh menulis.
Dia ummi. Tidak kenal huruf.
Tetapi dia Ummi. Dia membesarkan dengan izin Allah.
10 + 1 insan.
Yang boleh membaca. Dengan baik. Sekali. Sungguh baik.
Kejayaan siapakah agaknya antara yang 10+1.
Yang boleh menandingi kejayaan dia. Ummi kami ini?
Siapa?
Bukti Tuhan. Yang punya Kuasa.
Yang punya kuasa memberi.
Kepada siapa yang Dia mahu.
Juga beri kita peluang.
Memikirkan apa erti kejayaan.
Kejayaan yang sebenar.
Dia yang ummi.
Juga ada bidadari-bidadari, berjumlah tidak kurang 4, yang menanti di taman syurga.
Jaminan Allah untuknya.
Saya rindukan dia.
Tapi saya tahu tak perlu risau lagi.
Tuhan ada menjaganya.
Yang ummi.
Tapi kini juga tidak lagi boleh menggunakan tulang dan sendinya segagah dulu.
Kerehatan Allah untuknya.
shidaaaa!!!teharu kawe bace entry ni T____T
ReplyDeleteWAniiiii......=)
ReplyDelete