Monday, July 30, 2012

Tarbiyyah Ramadhan

Sudah 11 Ramadhan.
Alhamdulillah.
Bernyawa dan gagah.
Tarbiyyah dari Tuhan bulan ini terasa berganda-ganda.
Bercadang untuk mengambil sedikit masa menulisnya buat peringatan di masa depan.

Tarbiyyah 1.

Ramadhan-tarawih...bagai lagu dan irama, tak lengkap tanpa seiring.
Memandangkan makhluk Allah spesimen pemerhatian dan ujikaji saya juga cuma berkembangbiak musim ini, jadi saya harus mengejar kedua-duanya.
Harus seimbang.
Semoga tidak lelah, dengan ingatan semuanya kerana Allah.
Memandangkan harus pulang awal dari biasa untuk menyiapkan menu berbuka, saya decide untuk mengawalkan waktu mula kerja. Bermakna malam harus tidur awal kerana harus pula bangun menyiapkan sahur. Syukur suami tidak cerewet makannya, dan sangat membantu.
Atas startegi ini, saya jarang bertawawih di Masjid Al-Salam kecuali jika esoknya tidak ke lab, cuma di rumah, bersama adik2 undergrad di kejiranan sini. Berjemaah cuma bacaannya tidak panjang, cuma semampunya juz Amma =)
Percaya rahmat Allah untuk sesiapa sahaja dalam apa cara sahaja usaha kita untuk ibadahnya, maka saya tenteramkan hati atas keterbatasan  ini.

Namun sesekali menghadiri tarawih di masjid. Saya akui agak "terkejutan budaya".
Di Malaysia, lazimnya kita pergi ke masjid tempat kita membesar dan di kejiranan.
Yang semuanya sama fahamannya tentang agama Allah ini dengan kita.
Di sini, bercampur baur.
Berbagai warna.
Berbagai ragam.
Maka, kita berpeluang merenungi bukan sekadar teori baca firman Allah yang ini...

"Wahai manusia ! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku puak , supaya kamu berkenal-kenalan (beramah mesra antara satu dengan lainnya). Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantara kamu. Sesungguhnya Allah amat mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuannya." (Q.S.al-Hujurat : 13)


Sungguh, untuk menjadi yang mulia itu, untuk menjadi yang takwa itu...rupa-rupanya tidak mudah.
Berbagai bangsa, berbagai negara, berbagai kefahaman, berbagai mazhab, berbagai cara.
Sungguh variasi.
Tapi yang pasti, kami semua di situ, di rumah Allah itu, ada satu persamaan. 
Kami semua percaya Allah itu satu, dan Muhammad SAW itu penyampai kebenaranNya. 
Dalam usaha "mengenal" saudara-saudara baru ini, pembacaan tentang luasnya praktis Islam ini, buat masa terisi. Buat dada sesak dengan persoalan, buat perasaan ingin tahu membuak-buak. Syukur internet dan orang berilmu masih ada di sini. Yang pasti hingga saat ini masih terlalu banyak untuk dibaca dan difahami. 
Anugerah bukan? 
Dari bingung kepada tahu.
Dari sempit kepada lapang. Hati dan fikrah. 

Juga belajar sesuatu.
Akhir-akhir ini terasa ingin menyediakan diri menjadi ibu kepada bakal mujahid dan mujahidah.
Jadi sibuk memerhati cara didik asuhan anak-anak soleh solehah dari yang sudah terlebih dahulu dikurniakan rezeki zuriat. 
Sebelum ini selalu saya katakan, anak-anak di masjid itu satu pembiasaan kepada biah solehah.
Tapi bila berterawih, mungkin kerana begitu pentingkan diri sendiri, mahu khusyuk lah kononnya, terasa terganggu dengan larian tawa riang gurau senda anak-anak kecil kesayangan Allah.
Moga Allah ampunkan perasaan itu. 
Perasaan ini harus dicabar, dididik, supaya hilang, supaya mampu tenteram dengan kehadiran bunyi-bunyian itu. Ia tidak harus kekal dalam hati. Ia harus dihilangkan. 
Semoga mampu sebelum berakhirnya bulan tarbiyyah ini.
Cumanya, belajar, untuk menanam niat, supaya mampu di masa depan, dengan izinNya mampu mendidik diri untuk dicontohi anak-anak bagaimana berkelakuan di masjid. 
Saya temui artikel yang ditulis dengan baik, buat panduan diri. 


Semoga termampu, untuk jadi ibu yang mampu itu.

Hidup dengan doa. 



Friday, July 20, 2012

Pilihan Allah

Aisya dan umminya, Teh Nita, saya, Sister Katherine dan Alya.
Dari Indonesia, Malaysia dan Filipina. Membuktikan bila akidah kita sama asal keturunan darjat dan pangkat bukan perbezaan. Dalam mencari titik persamaan.... Terima kasih ya Rabb atas kasih ini.

Penghujung Syaaban yang penuh peristiwa.
Pertama kali dalam hidup, menyaksikan seseorang, mengishtiharkan syahadah secara umum.
Dengan penuh penyerahan.
Dengan penuh yakin dan berani.


Speechless. 

Bertuahnya dia.
Di umur 26 tahun. 
Dia kini bermula bagai bayi.
Terasa kotor berada disampingnya. 

Ramai yang datang.
Tiada yang kebetulan.
Jadi kita yang menyaksikan. Terdiam memikirkan inilah sambutan Allah untuknya.
Hidayah itu. Untuknya.
Kejadian ini, untuk kita. Memikirkan dan menginsafinya.

Surah Annur ...ayat 35.

"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah Allah adalah sebagai sebuah misykat yang berisi lampu, lampu itu dalam geluk kaca. Geluk kaca itu pula dengan minyak dari pohon yang banyak manfaatnya, pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari bukan sahaja semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya. Hampir-hampir minyak itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar walaupun ia tidak disentuh api, cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakinya kepada nur hidayahNya itu dan Allah mengemukakan berbagai misal perbandingan untuk umat manusia, dan Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu. "




She is the chosen one.
Semoga Allah memelihara hidayah ini dalam hatinya dan hati kami.



Wednesday, July 18, 2012

Dia itu Allah.

Sekarang natsu. Tsuyu owarimashita. 


Its a day of blessing. 

#Kejadian 1.

Sensei bagitau, kawasan Ehime, tempat ikan sampel saya yang saya perlukan sampai bulan Ogos ni, kena redtide. Its a nightmare untuk pembela ikan sangkar. Semua ikan yang dibela kat situ, mati...kecuali...ikan untuk sampel saya. 

My response : Yokattane...the fishes are very strong. Konon2 impress dan kot2 la Sensei nak terang or suruh saya kaji kekuatan ikan ni pulak. 

Rupa-rupanya point Sensei ialah.....

" It is strange. Maybe they still alive due to your strong wish. " (Susumu Ohstuka, 2012). 

I am about to cry. Speechless. Saya tak tahu betul ke tak, tapi sebab saya selalu kata "Allah will help me", maybe strong wish yang dimaksudkan itu ialah "your strong pray". 
Semoga suatu hari dia tahu saya bukan berdoa kepada yang sia-sia. 
Semoga suatu hari dia tahu Allah ada menjaga saya. 

#Kejadian 2. 

Saya solat di koridor. 
Seorang onesan melihat, dari awal hingga akhir. Sambil makan bento.
Seusai solat saya senyum, duduk menunggu suami.
Tiba-tiba dia datang kasi coklat Meiji Marble yang dalam gambar tu.
(^-^). Dia tanya boleh makan x? 
Untuk gembirakan hatinya saya bukak dan makan sambil buat respon tipikal Nihongjin ...
"Oishikatta!!!! "


Rezeki dari langit....Tuhan punya kasih. 
Feel like crying. Already cried. 

#Kejadian 3.

My friend get pregnant.
Her third pregnancy. 
But she was not happy.
She cried. Bersedih juga. Atau mungkin terkejut. 
Sebabnya dia sedang dalam usaha nak sambung master. 
She said when she pregnant for the second daughter, dia berhenti tengah jalan untuk master di negerinya. And the second susume is now only 9 months. So, she feel tired. Dan terkejut because she actually was using IUD for family planning. 

Tuhan punya kuasa. Kita merancang Tuhan tentukan. Tak tahu lah ada tak pepatah tu dalam bahasa kawan saya tu. =) 

Really makes me realize. 
Kita mahu, orang tak mahu. Orang tak mahu, kita mahu.
Kita dapat, orang tak dapat. Orang dapat, kita tak dapat.

Rezeki. 

She really wants to study more and more.
I really wants baby. 

But.... Tuhan kasi rezeki ikut kadarnya. 
So never take anything in life for granted! 

P/S: Nak je bagitau kat sahabat itu, kasi saya baby tu nanti boleh? Hihi. (^-^). Semoga ini doa. 

























Wednesday, July 4, 2012

Namako Sashimi


I personally think that this is very interesting experience. So cannot help myself but have to blog about this right now! 


Namako Sashimi (ナマコ刺身)...... bukti yang manusia adalah pemangsa paling ganas di muka bumi. =)



Abaikan suara dan bahasa saya itu. Saya budak baru belajar. 
Dalam bahasa melayu ia ialah gamat. Orang putih kata sea cucumber. 
Kat dalam bontot dia yang dipotong pastu keluar cecair tu Sensei cakap banyak haiwan-haiwan seni lain biasa buat jadi rumah jugak kat situ. So Sensei kata nanti balik Malaysia, jangan lupa cari gamat banyak2, pastu korek bontotnya, manalah tahu kot-kot boleh jumpa species plankton baru. Hehe 




Kabocha-mitte. Macam bentuk labu yang dibelah dua. Kirei na... MasyaAllah.  Bila dibelah dua ni kan baru tahu betapa bersihnya bahagian dalam makhluk ini. Tengok je kat luar tu sikit punya tak indah rupanya. It goes the same with everything in life also... mujahadah paling besar harus ajar diri ialah supaya tidak menghakimi sesuatu. 

Gosok ngan garam nak kasi habis keluar lendirnya

Dihiris nipis2. Sebelum ni, saya ingatkan gamat ni lembik macam ulat. Euw... tak nak sentuh pun sebab geli mende lembik. Tapi rupa-rupanya, MasyaAllah, liat makhluk Allah ni. 

Tada......namako sashimi.
The first person yang try. Muka control. Lepas makan, are...shoppai kore. Masin katanya.

This is my best buddy here. Yusuke Kondo. I called him Kondo-kun. Dia ni jenis yang gembira dengan semua perkara baru. Dan tipikal nihongjin, muka kelat tapi kata....umai yoo... ahahaha. 

This is Sadaharu Iwasaki. Iwasaki-san. The staff of our lab. Very multitasking person., and warm too. He get married to a gorgeous Spanish girl, used to work under my SV too, so maknanya, lab ni boleh menimbulkan bibit-bibit cinta jugalah =) Muka dia camtu sebab liat sangat encik gamat ni.



Bila saya try dah takde orang nak ambik gambar semua tangan dah kotor. Saya try sekeping je pun. Rasanya, macam sotong yang mentah, tapi lebih liat dan sedikit masin.
Patutlah dulu ada sorang pakcik di Terengganu tanya, kenapa gamat ni masin, ikan dan hidupan laut lain tak masin pun. Err....belum study lagi kenapa jadi tak tahu.

Akhir sekali.....kaitan peristiwa menarik ini dengan kehidupan sebagai Muslim....renunglah ayat ini....

"Dialah yang membuat laut tunduk kepada anda supaya anda boleh memakan daging yang segar dari ..." (Qur'an, 16:14)

Monday, July 2, 2012

Marine day

Dijadualkan dalam kalendar 16 Julai.
Hari apakah itu? - Saja je nak memulakan perbualan di pagi Isnin bila semua ahli lab cam ngantuk je.
My deskmate, deskmate ke? Meja sebelah.

He said:
"Its nothing, just the government people create it so they can have holiday. "

Terpinga-pinga. ;Saya.

Rupa-rupanya, lelaki dalam lewat usia itu, lewat 20-an. Seperti itu.
Homologinya: specimen Malaysia dan specimen Jepun.
Ada girlfriend
Belum ada kerja
Stress bila dapat jemputan kahwin kawan2. (tak sangka pulak Jepun camtu)
Peka dengan berita ekonomi dan politik
Protes dan tak puas hati ngan kerajaan semasa


Semuanya sebab kestabilan hidup kot.
Semua pun risau.


No wonder lah kan revolusi berlaku di mana-mana sekarang.
Di seluruh dunia.


Dan oh, alangkah tertinggalnya saya, dalam memahami semua isu ini. 

Apa point tadi eh?
.
.
.
.
Tak ingat.

.
.
Kesimpulan, everybody wants a better life.